Ahad, 4 Ogos 2019 | 3:29pm
Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor, Jim Khor Mun Wei (tiga dari kiri) melancarkan Yamaha Y15ZR dan NVX155 versi Doxou di MAEPS, Serdang. - NSTP/Eizairi Shamsudin

HLYM perkenal Y15ZR, NVX Doxou

SERDANG: Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan dua varian motosikal baharu, Y15ZR Doxou dan NVX Doxou bersempena Karnival Gen Blu Yamaha.

Yamaha Y15ZR Doxou ditawarkan pada harga runcit RM8,868, manakala harga NVX Doxou akan diumumkan tidak lama lagi.

Kedua-dua varian itu dijangka boleh didapati di semua pengedah sah Yamaha bermula pertengahan bulan ini.

Pengenalan varian Doxou menjadi komitmen HLYM dalam mengembangkan segmen gaya hidup sporty dan premium.

Yamaha Y15ZR Doxou dan NVX Doxou edisi terhad itu turut melengkapkan model sporty yang lengkap dengan penampilan lebih menarik.

Selain dengan grafik kit badan dan warna menarik, varian terkini dalam barisan model Y15ZR dan NVX itu turut menerima bonus tambahan hadiah edisi terhad termasuk fon dan rantai kunci rekaan Doxou serta sijil butiran mengenai casis dan enjin motosikal berkenaan.

Sementara itu, Karnival Gen Blu Yamaha menerima pengiktirafan Malaysia Book of Record (MBOR) apabila berjaya mengumpul 11,836 motosikal.

Pengarah Urusan HLYM, Datuk Jim Khor, berkata karnival hari penghargaan pelanggan berjaya menarik pemilik motosikal Yamaha di seluruh negara menyertai acara berkenaan.

“Pencapaian tertinggi MBOR membuktikan sokongan pemilik Yamaha kepada jenama ini,” katanya.

Selain menjadi medan pengumpul pemilik Yamaha, Karnival Gen Blu Yamaha turut dihisi dengan pelbagai aktiviti termasuk konsert oleh artis tempatan, Faizal Tahir dan beberapa pameran motosikal Yamaha serta demonstrasi lagak ngeri menggunakan Yamaha YZF-R6 dan YZF-R25.

Berita Harian X