Ahad, 15 September 2019 | 6:00pm
PROTON Holdings Bhd (PROTON).

Pesat Auto buka pusat 3S Proton ketiga di Kuantan

KUALA LUMPUR: Pesat Auto CTM Sdn Bhd secara rasmi telah membuka pusat 3S Proton di Kuantan cawangan ketiga di ibu negeri Pahang dengan identiti korporat baharu pembuat kereta itu.

PROTON Holdings Bhd (PROTON) dalam satu kenyataan berkata, cawangan yang membabitkan pelaburan sebanyak RM2.3 juta itu merangkumi enam petak penyelenggaraan dengan empat pengangkut dalam kawasan binaan seluas 750 meter persegi.

Pengarah Pesat Auto CTM, Tee Keh Hock, berkata syarikat itu yakin bahawa pusat baharu itu yang terletak di jalan utama Kuantan akan meningkatkan jualan kira-kira 30 peratus manakala, kendalian perkhidmatan mungkin meningkat sebanyak 40 peratus.

"Dalam usaha bagi memastikan pelanggan akan terus berhubung dengan kami untuk jangka masa panjang, kami perlu berkembang untuk berkhidmat kepada mereka dengan cekap. Pusat sehenti ini menjadi platform yang akan membolehkan kami memenuhi permintaan pelanggan dan, pada masa yang sama, memperluaskan asas pelanggan kami," katanya.

Sehingga kini, PROTON mempunyai 102 cawangan 3S dan 4S di seluruh negara.

Berita Harian X