Selasa, 3 March 2020 | 9:09pm
BMW F 900 R dan BMW F 900 XR menawarkan tunggangan terbaik untuk perjalanan dekat mahupun jauh.
BMW F 900 R dan BMW F 900 XR menawarkan tunggangan terbaik untuk perjalanan dekat mahupun jauh.

Pilih BMW F 900 R atau XR

Dalam kehidupan, pasti ada dua atau tiga pilihan untuk ditentukan setiap individu bagi mendapatkan jawapan paling ideal. Dalam dunia dua roda juga ia tidak terkecuali.

Sehubungan itu, BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan barisan motosikal premium yang terbaharu, BMW F 900 R dan BMW F 900 XR.

Dua pilihan yang berbeza tetapi cukup untuk membuatkan anda berfikir banyak kali.

Motosikal kelas pertengahan yang popular dalam segmen Roadster dan Kembara ini mempamerkan mutu kejuruteraan yang berkualiti tinggi, ia dapat dilihat pada setiap butiran jentera terbabit.

BMW F 900 R dan BMW F 900 XR menawarkan aspek tunggangan yang menyeronokkan, pengendalian yang ringkas dan pelbagai opsyen kelengkapan yang dapat disesuaikan bagi setiap penunggang.

BMW F 900 R terbaharu hadir dalam pakej Penggayaan Sport (Style Sport) yang membekalkan posisi tempat duduk serba sporty dan aktif.

BMW F 900 R dan BMW F 900 XR menawarkan tunggangan terbaik untuk perjalanan dekat mahupun jauh.
BMW F 900 R dan BMW F 900 XR menawarkan tunggangan terbaik untuk perjalanan dekat mahupun jauh.

Ditawarkan dalam warna biru metalik (San Marino Blue) dan Style Sport dalam warna perak metalik atau merah (Racing Red), BMW F 900 R terbaharu menyerlahkan rasa kebebasan dan kemodenan yang tidak dapat diamati melalui jentera Roadster lain.

Pelitup tempat duduk penumpang yang disediakan hanya dengan pakej Style Sport menekankan perwatakan sporty BMW F 900 R.

BMW F 900 XR pula hadir dalam Penggayaan Eksklusif (Style Exclusive); warna emas metalik (Galvanic Gold) dengan penawaran pelitup tangki sentral dan pelitup radiator dalam warna kelabu matte metalik (Granite Grey Metallic Matt), berserta posisi tunggangan yang bersifat aktif namun menyelesakan yang sesuai untuk perjalanan jauh.

Prestasi enjin terbaik

BMW F900 XR turut menampilkan komponen pelindung tangan yang berasal daripada Original BMW Motorrad Accessories untuk menzahirkan sebuah penampilan yang tampak lebih sporty.

Model ini dilengkapi dengan perisai angin yang menggandingkan penggayaan lasak dengan ciri perlindungan bertaraf tinggi buat penunggang.

Eksklusif hanya untuk BMW F 900 XR, ia turut didatangkan dengan tongkat tengah dan pemegang kompartmen muatan.

Kedua-dua jentera berkenaan menggunakan rangka keluli yang mengintegrasikan komponen enjin sebagai elemen pemikul beban dan tangki bahan api yang kini kembali ke posisi klasiknya yang berkedudukan di hadapan penunggang.

BMW F 900 R dan BMW F 900 XR menawarkan tunggangan terbaik untuk perjalanan dekat mahupun jauh.
BMW F 900 R dan BMW F 900 XR menawarkan tunggangan terbaik untuk perjalanan dekat mahupun jauh.

BMW F 900 R dan BMW F 900 XR disuntik nafas oleh enjin sebaris dua silinder yang buat pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 2018 menerusi BMW F 850 GS; kini hadir dengan 105 kuasa kuda (hp) pada paras 8,750 rpm dan tork berjumlah 92 Nm pada paras 6,500 rpm.

Enjin berkenaan juga membekalkan tork yang bernilai lebih daripada 87 Nm dalam julat kelajuan yang lebih rendah iaitu di antara 4,500 hingga 8,500 rpm.

Peningkatan dari segi prestasi dan bekalan tork yang lebih memuaskan dapat dicapai dengan meningkatkan kapasiti enjin ini kepada 895 cc (sebelum ini 853 cc), dengan membesarkan gerek silindernya.

Harga jualan (di atas jalan, tanpa insurans dan dengan Waranti Terbaharu Bertempoh 3-Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 3-Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia) adalah BMW F 900 R (RM62,500) dan BMW F 900 XR (RM69,500).

Berita Harian X