Rabu, 25 March 2020 | 5:56pm

Kia Motors keluarkan topeng muka

SEOUL: Pengeluar automotif Korea Selatan, Kia Motors Corp sedang mempertimbang untuk menghasilkan topeng muka menerusi kilang miliknya di China bagi membantu mengekang penularan COVID-19.

Menurut jurucakapnya, pengumuman itu selaras dengan langkah yang dilaksanakan Fiat Chrysler, dengan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mike Manley berkata satu daripada kilang pembuatannya di Asia mungkin ditukar untuk menghasilkan topeng muka.

Manley berkata, topeng muka berkenaan adalah untuk pekerja kesihatan dan ia mampu mencapai sasaran satu juta topeng sebulan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Kia mungkin boleh menghasilkan topeng muka di kilangnya di Yancheng selepas kerajaan China menggalakkan pengeluar kereta berbuat demikian, kata juru cakap syarikat itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tempoh masa atau sasaran jumlah pengeluaran.

Kia menggantung pengeluarannya di kilangnya di Georgia, Amerika Syarikat (AS) dan di Slovakia serta operasi di INdia susulan pandemik COVID-19.

- Reuters

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X