Rabu, 1 November 2017 | 3:01pm
KEDAI Under Armour di New York.

Kekayaan CEO Under Armour susut AS$2.5b

KUALA LUMPUR: Kejatuhan harga saham Under Armour Inc selama dua tahun menyaksikan nilai kekayaan bersih Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Kevin Plank, menyusut lebih AS$2.5 bilion (RM10.58 bilion).

Plank, pengasas jenama sukan itu, memiliki nilai kekayaan bersih tertinggi AS$4.2 bilion pada September 2015, demikian menurut Bloomberg Billionaires Index.

Saham Under Armour susut 75 peratus sejak paras puncak AS$54.70

Harga saham Under Armour jatuh ketara selepas syarikat itu mengurangkan unjuran pendapatan dan keuntungannya disebabkan kelembapan jualan di Amerika Utara.

Agensi penarafan S&P Global merendahkan penarafan kredit Under Armour satu anak tangga kepada tinjauan negatif, disandarkan kepada prestasi buruk syarikat selain beban hutang yang meningkat.

Harga sahamnya ditutup 23.7 peratus lebih rendah Selasa pada AS$12.52 di New York. - Agensi

Berita Harian X