Selasa, 2 Januari 2018 | 2:03pm
DATUK Noorazman Abd Aziz

UEM lantik Noorazman sebagai pengerusi

KUALA LUMPUR: UEM Group Bhd melantik Datuk Noorazman Abd Aziz sebagai Pengerusi syarikat, berkuat kuasa 1 Januari 2018.

Beliau menggantikan Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali.

Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan itu berkata Ahmad Tajuddin, 69, memilih untuk bersara selepas berkhidmat dengan kumpulan itu lebih sedekad.

UEM Group, konglomerat infrastruktur dan perkhidmatan berasaskan kejuruteraan terkemuka di Malaysia ialah anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd.

Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata Ahmad Tajuddin memimpin dan memacu UEM Group, mengharungi tempoh yang sangat penting dalam sejarah 51 tahun penubuhannya.

Ini katanya, tempoh yang bertepatan dengan Program Transformasi GLC dan tempoh penggabungan serta pertumbuhan baharu UEM Group.

Noorazman menjadi ahli lembaga pengarah UEM Group sejak 15 November 2010, dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi mulai 14 April 2017. - BERNAMA

Berita Harian X