Jumaat, 6 April 2018 | 8:38pm
DARI kiri ke kanan Leong Weng Choong, Ketua Pegawai Perniagaan CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Abrar Anwar, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank Malaysia dan Aaron Loo, Ketua Perbankan Runcit, Standard Chartered Bank Malaysia. Foto NSTP
DARI kiri ke kanan Leong Weng Choong, Ketua Pegawai Perniagaan CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Abrar Anwar, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank Malaysia dan Aaron Loo, Ketua Perbankan Runcit, Standard Chartered Bank Malaysia. Foto NSTP

Kerjasama Stanchart, CGC sedia keperluan pembiayaan PKS

KUALA LUMPUR: Standard Chartered Bank Malaysia (Stanchart Malaysia) dan Credit Guarantee Corp Malaysia Bhd (CGC), hari ini memeterai portfolio jaminan bagi membolehkan bank berkenaan menyediakan bantuan kewangan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, pembiayaan kali kesembilan ini akan menyaksikan kemudahan sebanyak RM75 juta disediakan dengan objektif utama adalah memberikan modal kerja dan perolehan aset untuk PKS.

Katanya, kuantum maksimum pinjaman di bawah portfolio jaminan itu adalah sehingga RM1.5 juta bagi setiap pelanggan PKS tertakluk kepada kelayakan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Stanchart Malaysia, Abrar Anwar, berkata bank berkenaan adalah yang pertama memeterai perjanjian jaminan portfolio itu dengan CGC pada 2009 kerana PKS adalah pemain utama kepada mana-mana kejayaan ekonomi.

"Kami berbangga untuk meneruskan sokongan terhadap pertumbuhan PKS, dengan lebih 260,000 pelanggan perbankan perniagaan di seluruh dunia yang menyumbang sebanyak 11 peratus kepada pendapatan perbankan runcit seluruh kumpulan kami," katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak, berkata, perbadanan itu dan bank berkenaan, melalui kerjasama rapat sejak berdekad lalu, sudah memberi bantuan kepada 3,056 PKS dalam pelbagai sektor bagi mendapatkan pembiayaan untuk mengekal dan mengembangkan perniagaan mereka.

"Kami akan terus komited dengan objektif bersama kami dalam menangani keperluaan kewangan unik dari PKS dengan menyediakan pilihan kewangan inovatif dan ruang alternatif untuk mereka mendapatkan pembiayaan mengikut pilihan mereka," katanya.

- BERNAMA

Berita Harian X