Rabu, 2 Mei 2018 | 7:40pm

Unit Paramount terbit sukuk Ijarah RM24.89 juta

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Paramount Corporation Bhd, KDU University College (PG) Sdn Bhd, menerbitkan nota jangka sederhana Islam RM24.89 juta bertempoh tujuh tahun.

Terbitan itu dibuat menerusi program sukuk ijarah RM200 juta, yang diwujudkan tahun lepas, kata pemaju hartanah dan penyedia perkhidmatan pendidikan itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pada Mac tahun lalu, KDU University College menerbitkan nota RM30 juta, juga menerusi program yang sama.

Program sukuk ijarah diwujudkan sebagai sebahagian daripada program pembiayaan pembangunan dan operasinya selain untuk peluasan kampus universiti itu dan cawangannya di Batu Kawan, Pulau Pinang. - BERNAMA

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X