Selasa, 2 Oktober 2018 | 8:48am
Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

UEM Sunrise umum perubahan Lembaga Pengarah

KUALA LUMPUR: UEM Sunrise Bhd, pemaju induk Iskandar Puteri di Johor, melantik semula Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif daripada jawatan Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif sebelum ini.

Ini susulan beliau tidak lagi menjadi penama dalam syarikat pegangan UEM Group Bhd, sebuah unit Khazanah Nasional Bhd, berkuat kuasa semalam, menurut syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

UEM Sunrise turut mengumumkan peletakan jawatan Datuk Mohd Izzaddin Idris sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif serta pelantikan Datuk Noorazman Abd Aziz sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif dan Wong Shu Hsien sebagai Pengarah Gantian kepadanya.

Noorazman, yang adalah Pengerusi UEM Group sejak 1 Januari 2018, menyertai Khazanah sebagai Pengarah Eksekutif (Pelaburan) pada Mei 2010. Sebelum itu beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Fajr Capital Ltd, syarikat penerima pelaburan Khazanah, selama dua setengah tahun. - BERNAMA

Berita Harian X