Jumaat, 15 Februari 2019 | 6:01pm

Khazanah jual saham bank Filipina, RM415 juta

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) menjual 40 juta sahamnya dalam syarikat perbankan yang berpangkalan di Filipina, BDO Unibank Inc, pada harga 133 peso (RM10) sesaham.

Sumber rapat yang dipetik Bloomberg berkata, sayap pelaburan kerajaan Malaysia itu akan memperoleh 5.32 bilion peso (RM415 juta) daripada penjualan sahamnya itu.

Katanya, harga jualan itu adalah 5.4 peratus lebih rendah daripada harga penutup saham firma itu semalam.

Data Bloomberg juga menunjukkan transaksi itu bersamaan dengan 0.9 peratus saham BDO yang belum selesai.

Khazanah bagaimanapun enggan menjawab persoalan mengenai perkara ini.

1017 dibaca
Berita Harian X