Isnin, 11 March 2019 | 10:23pm
ALAM Maritim Sdn Bhd.
ALAM Maritim Sdn Bhd.

Alam Maritim dapat kontrak carigali Hess bernilai RM40 juta

KUALA LUMPUR: Subsidiari milik penuh Alam Maritim Resources Bhd (Alam), Alam Maritim Sdn Bhd telah dianugerahi kontrak perkhidmatan pemeriksaan bawah air bernilai RM40 juta oleh Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd.

Kontrak itu membabitkan satu skop kerja asas dan pemeriksaan berjadual ke atas pelantar jaket Carigali Hess, saluran paip serta kemudahan penyimpanan dan pemindahan terapung (FSO).

"Tempoh kontrak adalah selama empat tahun mulai 5 September 2018 sehingga 4 Sept 2022, dengan opsyen lanjutan sehingga setahun," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 sehingga 2022. - BERNAMA

Berita Harian X