Rabu, 17 April 2019 | 4:34pm
SEPANG 12 FEBRUARI 2019. Tinjauan bangunan Malaysia Airports di KLIA, Sepang. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Platform e-pasaran kukuh tadbir urus MAHB

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengukuhkan tadbir urus pemerolehannya dengan mendigitalkan proses-prosesnya di sebuah platform e-pasaran, Lapasar.

Dalam kenyataannya hari ini, MAHB berkata pelaksanaan sistem e-katalog adalah sebahagian daripada usaha transformasi pemerolehan organisasi itu selari dengan hala tuju digitalnya, Airports 4.0.

“Menerusi Lapasar, kakitangan boleh membuat pembelian secara dalam talian dan dokumentasi manual akan dihapuskan sepenuhnya.

“Ini akan memudahkan proses pemerolehan kerana Lapasar adalah platform dalam talian perniagaan kepada perniagaan tunggal,” katanya.

Lapasar dibangunkan oleh Tenderin, sebuah syarikat pemula niaga yang mempunyai kepakaran dalam penyelesaian rantaian bekalan seperti e-pemerolehan, logistik, rumah gudang dan pembayaran.

-BERNAMA

61 dibaca
Berita Harian X