Jumaat, 19 April 2019 | 5:03pm
Pengarah Urusan DWL Resources Bhd, Datuk Seri Shahril Mokhtar. - Arkib NSTP

Shahril Mokhtar dilantik Pengarah Urusan DWL

KUALA LUMPUR: DWL Resources Bhd melantik Datuk Seri Shahril Mokhtar sebagai Pengarah Urusan yang baharu, berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan, Pengerusi Eksekutif DWL Resources, Wan Khalik Wan Muhammad berkata pelantikan itu akan berperanan penting dalam membawa syarikat ke peringkat seterusnya, terutama dalam sektor infrastruktur.

Sebelum menyertai DWL Resources, Shahril adalah Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, dan beliau bertanggungjawab menguruskan serta memantau projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan 1 (Sungai Buloh-Kajang) dan MRT Laluan 2 (Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya). - BERNAMA

283 dibaca
Berita Harian X