Selasa, 13 Ogos 2019 | 6:43pm

Serba Dinamik dapat kontrak RM1.05 bilion

KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd memperoleh kontrak AS$250 juta (RM1.05 bilion) untuk membina kemudahan memproses klorin dan loji tenaga turbin 26-megawatt sejam di Uzbekistan.

Kontrak membabitkan kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) projek berkenaan.

Kontrak bermula 9 Ogos lalu dan akan disiapkan menjelang 7 Ogos 2021.

“Kontrak EPCC baharu di Uzbekistan akan terus mengukuhkan kedudukan kami di rantau itu.

“Kami menjangkakan ini akan menyumbang secara positif kepada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 dan dua tahun berikutnya,” kata Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Ir Abdul Karim Abdullah dalam satu kenyataan.

Berita Harian X