Rabu, 14 Ogos 2019 | 8:22am

Honda akan tamatkan pemasangan kereta di Argentina

SAO PAULO: Honda Motor Co, berkata ia akan berhenti mengeluarkan kereta di Argentina tahun depan sebagai sebahagian daripada penyusunan semula operasi globalnya.

Honda berkata, kilang Campana di wilayah Buenos Aires, yang menghasilkan model HR-V, akan memberi tumpuan semata-mata untuk mengeluarkan motosikal.

Honda mula memasang motosikal di Argentina pada 2006 dan memulakan pengeluaran kereta di sana pada 2011.

Menjawab pertanyaan Reuters, kata Honda dalam satu kenyataan berkata keputusan itu adalah sebahagian daripada penyusunan semula pengeluaran kereta global dan tiada kaitan dengan keputusan pilihan raya utama di Argentina Ahad lalu.

Kira-kira 1,000 kakitangan di Honda Argentina, dan syarikat itu sedang berunding dengan kesatuan tempatan untuk menawarkan pembelian untuk pekerja yang terbabit dalam pengeluaran kereta, kata syarikat itu. - Reuters

Berita Harian X