Jumaat, 16 Ogos 2019 | 6:21pm
Naib Presiden Pemasaran MR.D.I.Y., Andy Chin. - Foto NSTP

MR.D.I.Y. tawar 1,000 durian percuma

KUALA LUMPUR: Peruncit perkakas rumah terbesar Malaysia, MR.D.I.Y. Group (M) Sdn Bhd (MR.D.I.Y.) menawarkan 1,000 durian percuma kepada pelanggan, sempena pembukaan rasmi cawangan ke-532 di Pandan Jaya, Cheras.

Pelanggan hanya perlu mengunjungi cawangan MR.D.I.Y. Pandan Jaya dan membuat pembelian mana-mana produk berjumlah RM30 atau lebih dalam satu resit esok dan Ahad ini.

Sempena pembukaan rasmi cawangan ini, MR.D.I.Y. bukan hanya meraikan pelanggan setia, tetapi juga mengukuhkan ekonomi pembekal durian tempatan.

Hari “Raja Buah” ini juga adalah sebahagian daripada inisiatif MR.D.I.Y. untuk mempromosikan kempen Promosi Poket Selamat 5 di seluruh negara, yang menawarkan produk jualan terbaik MR.D.I.Y. pada diskaun 30 peratus sehingga 31 Ogos ini.

Naib Presiden Pemasarannya, Andy Chin berkata, ia kali pertama MR.D.I.Y. menganjurkan acara menarik seperti ini untuk pembukaan cawangan baharu.

“Kami mengambil kesempatan daripada musim durian ini untuk meraikan pembukaan gedung yang ke-532 bersama pelanggan dengan memberikan 1,000 durian percuma dalam masa dua hari.

“Kami bertekad untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka dengan menawarkan produk berkualiti pada harga terendah,” katanya dalam satu kenyataan.

Chin berkata, MR.D.I.Y. juga memberikan sokongan kepada pembekal durian tempatan, sebagaimana ia turut memberi sokongan kepada jenama-jenama tempatan yang boleh didapati di cawangannya di seluruh negara dan kedai dalam talian, www.mrdiy.com.my untuk kempen ‘Proudly Made in Malaysia’ pada September.

Berita Harian X