Rabu, 15 Januari 2020 | 2:29pm

Pos Laju SendParcel sedia penghantaran ke 200 negara

KUALA LUMPUR: Pos Laju SendParcel, platform penghantaran dalam talian Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia), kini menawarkan penghantaran ke lebih 200 negara, menghubungkan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta e-dagang dengan pasaran luar negara.

Disokong oleh Express Mail Service (EMS) dan International Air Parcel, Pos Laju SendParcel membolehkan pelanggan mengirim barangan dari mana-mana lokasi di Malaysia ke negara seperti China, Jepun, Korea Selatan, United Kingdom, Amerika Syarikat dan destinasi lain.

“Selain kos yang berpatutan, EMS menyediakan penghantaran barangan sehingga 30 kilogram dan perkhidmatan penghantaran ekonomi International Air Parcel, dengan tempoh penyerahan yang lebih lama.

“Kedua-dua perkhidmatan itu menawarkan pungutan percuma pintu-ke-pintu, penyerahaan pintu-ke-pintu, menjejak dan mengesan perjalanan barangan serta bukti penyerahan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najib Syed Md Noor menerusi kenyataan, hari ini.

Perkhidmatan itu boleh didapati secara dalam talian di sendparcel.poslaju.com.my dan pusat-pusat Pos Laju dan pejabat pos di seluruh negara.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari https://sendparcel.poslaju.com.my/open/home atau menghubungi pusat khidmat pelanggan di 1-300-300-300. -BERNAMA

Berita Harian X