Selasa, 24 Julai 2018 | 3:00pm
PENGERUSI Eksekutif I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong. - Foto NSTP
PENGERUSI Eksekutif I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong. - Foto NSTP

Untung suku kedua I-Bhd meningkat kepada RM22.31 juta

KUALA LUMPUR: I-Berhad (I-Bhd) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM22.31 juta dalam suku kedua berakhir 30 Jun 2018, berbanding RM21.11 juta suku sama tahun lalu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata pendapatan merosot kepada RM107.16 juta berbanding RM131.94 juta sebelumnya disebabkan sumbangan yang lebih rendah daripada pembangunan hartanah serta segmen rekreasi.

"Peningkatan keuntungan bagi tempoh suku semasa adalah daripada pelarasan kos hasil perubahan regim percukaian negara," katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Lim Kim Hong, berkata syarikat itu menjangkakan kondominium 8-Kia [email protected] di Kuala Lumpur akan mencatat jualan berterusan, berbanding tahun lalu, yang seterusnya akan menyediakan pertumbuhan untuk I-Bhd tahun ini.

"Tahun 2018 akan menjadi tahun yang menarik bagi segmen pelaburan hartanah susulan siapnya serta pembukaan pusat beli-belah Central i-City hujung tahun ini," katanya.

Jualan semasa I-Bhd yang belum dikumpul sehingga 30 Jun 2018 ialah sebanyak RM305.4 juta. - BERNAMA

Berita Harian X