Khamis, 13 September 2018 | 12:11pm

RHB perkenal aplikasi mudah alih RHB Reflex

KUALA LUMPUR: RHB Bank Bhd (RHB) memperkenalkan aplikasi perbankan mudah alih RHB Reflex baharu, menawarkan keupayaan pengurusan aliran tunai serba boleh kepada pelanggan perniagaan.

RHB berkata, aplikasi itu membolehkan pengguna menggunakan semua jenis transaksi melalui mudah alih, termasuk pembayaran pukal, pembayaran tunggal, pengurusan gaji dan pembayaran bil.

“Ia turut membolehkan pengguna melihat semua akaun dan transaksi yang dilakukan oleh syarikat dan anak syarikat mereka,” kata Ketua Perbankan Perniagaan dan Transaksi Kumpulan, Jeffrey Ng Eow Oo, dalam satu kenyataan hari ini.

Ng berkata, langkah itu sejajar inisiatif transformasi digital bank dan setakat ini, bank itu menyaksikan peningkatan pelanggan baharu bagi platform digitalnya sebanyak 25 peratus dari segi tahun ke tahun.

Pelanggan RHB Business Current Account dan RHB Reflex di Malaysia dan Singapura kini boleh muat turun aplikasi mudah alih Reflex di Apple App Store dan Google Play Store secara percuma dan tanpa sebarang pendaftaran baharu. - BERNAMA

Berita Harian X