Selasa, 25 September 2018 | 11:54am
MIKE Krieger (kiri) dan Kevin Systrom. - Foto Reuters

Pengasas Instagram tinggalkan Facebook

SAN FRANCISCO: Dua pengasas Instagram akan meninggalkan Facebook Inc susulan ketegangan dengan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg, yang semakin memuncak berhubung hala tuju produk, demikian menurut sumber hampir dengan perkara itu.

Kevin Systrom dan Mike Krieger, yang menerajui syarikat itu sejak pengambilalihan Instagram oleh Facebook pada 2012, kecewa dengan pembabitan Zuckerberg dalam operasi harian syarikat.

Dilaporkan bahawa Zuckerberg kini lebih bergantung kepada Instagram bagi pertumbuhan masa depan Facebook.

Kedua-dua tokoh itu membangunkan Instagram dan menjualnya kepada Facebook bagi pertimbangan tunai AS$1 bilion (RM4.13 bilion) enam tahun lalu.

Instagram, yang mana hari ini memiliki lebih satu bilion pengguna, adalah pemacu utama pendapatan Facebook. - Bloomberg

Berita Harian X