Jumaat, 26 Oktober 2018 | 6:16pm
Dari kiri, Setiausaha Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Azli Munani, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Korporat MTA, Shahrul Azlan Shahriman, Pengerusi MTA, Muhammad Fikri Mohamad Rawi, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat malaysia Negeri Selangor, Azmi Osman dan Timbalan Pengerusi MTA, Elmie Aman Najas pada majlis pelancaran Pengedaran Secara Langsung dan penyampaian sumbangan kepada waris 6 anggota bomba dan penyelamat yamg terkoban ketika operasi menyelamat di Puchong baru-baru ini. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

MTA transformasi industri takaful negara

KUALA LUMPUR: Persatuan Takaful Malaysia (MTA) memperkenalkan saluran pengedaran langsung dalam talian, yang menandakan bermulanya perjalanan transformasi digital industri takaful di negara ini.

Pengerusinya, Muhammad Fikri Mohamad Rawi, berkata ia adalah antara usaha yang sedang dipergiatkan MTA bagi menyokong kerajaan mencapai aspirasi 25 peratus penduduk negara ini memiliki perlindungan takaful menjelang 2020.

Beliau berkata, pengendali takaful keluarga di Malaysia kini boleh menawarkan produk perlindungan bebas komisen kepada pelanggan secara langsung dalam talian menerusi saluran pengedaran langsung itu.

Katanya, produk pertama ditawarkan menerusi saluran pengedaran langsung itu ialah perlindungan bertempoh yang menyediakan perlindungan ke atas kematian dan ketidakupayaan kekal sehingga RM500,000 bergantung kepada umur kemasukan individu.

“Produk itu kini boleh didapati secara dalam talian di laman web pengendali takaful atau boleh diakses di cawangan pengendali takaful bergantung kepada strategi saluran pengedaran langsung yang diguna pakai pengendali terbabit,” katanya pada majlis pelancaran saluran pengedaran langsung itu di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MTA, Azli Munani; Pengerusi Jawatankuasa Kecil Komunikasi Korporatnya, Shahrul Azlan Shahriman dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Azmi Osman.

Sementara itu, Shahrul Azlan berkata pengenalan saluran pengedaran langsung itu adalah aspirasi pembangunan industri untuk mempelbagai dan mewujudkan saluran pengedaran yang berkesan dari segi kos kepada pengguna.

“Adalah diharapkan ia dapat meningkatkan lagi kadar penembusan bagi takaful keluarga, selain meraih segmen pasaran baharu,” katanya.

Kadar penembusan takaful keluarga di negara ini menunjukkan pertumbuhan mendatar.

Data MTA menunjukkan kadar penembusan 14.0 peratus pada 2013; 14.3 peratus (2014); 14.7 peratus (2015); 14.6 peratus (2016); dan 14.8 peratus (2017).

Setakat Ogos 2018, kadar penembusan takaful keluarga ialah 15.0 peratus.

Pada majlis sama MTA menghulurkan bantuan wang tunai RM10,000 setiap satu kepada waris enam anggota bomba yang mati lemas ketika operasi mencari dan menyelamat di lombong Taman Putra Perdana, Puchong, baru-baru ini.

Berita Harian X