Rabu, 14 Ogos 2019 | 12:43pm
KETUA Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin

Indeks harga pengguna Julai meningkat sederhana

KUALA LUMPUR: Indeks harga pengguna (IHP), yang mengukur paras inflasi meningkat sederhana 1.4 peratus pada Julai kepada 121.5 berbanding 119.8 pada bulan sama tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata daripada 552 item yang diliputi dalam IHP, 394 item menunjukkan

peningkatan pada Julai lalu berbanding Julai 2018.

“Sebaliknya, 120 item mencatatkan penurunan manakala 38 item tidak berubah,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenaikan indeks keseluruhan ini adalah didorong oleh kenaikan indeks hiasan,

perkakasan & penyelenggaraan isi rumah (3.3 peratus), makanan & minuman bukan alkohol (2.4 peratus), perkhidmatan rekreasi & kebudayaan (2.4 peratus), minuman alkohol & tembakau (2.3 peratus) dan komunikasi (2.1 peratus).

Bagi perbandingan bulanan, IHP menunjukkan peningkatan sebanyak 0.1 peratus berbanding Jun 2019.

Ia telah disokong khususnya oleh makanan & minuman bukan alkohol (0.3 peratus), hiasan, perkakasan & penyelenggaraan isi rumah (0.2 peratus) dan pengangkutan (0.2 peratus).

Sementara itu, IHP bagi tempoh Januari hingga Julai 2019 mencatatkan peningkatan sebanyak 0.3 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Empat negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2.2 peratus), Pulau Pinang (2.1 peratus), Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (1.7 peratus) dan Johor (1.5 peratus) menunjukkan kenaikan melepasi paras nasional IHP sebanyak 1.4 peratus pada Julai 2019 berbanding Julai 2018.

Sementara itu, Negeri Sembilan dan Perak menunjukkan kenaikan pada

paras yang sama dengan IHP nasional.

98 dibaca
Berita Harian X