X
Rabu, 4 September 2019 | 8:44am

Cadangan 'no-deal Brexit' Boris Johnson ditolak parlimen

LONDON: Ahli Parlimen Britain menewaskan Boris Johnson di parlimen untuk menghalang beliau daripada membawa keluar Britain daripada Kesatuan Eropah (EU) tanpa perjanjian pemisahan atau ‘no-deal Brexit’.

Ini menyebabkan perdana menteri mengumumkan bahawa beliau akan menyegerakan usaha untuk mengadakan pilihan raya awal.

Kerajaan ditewaskan sebanyak 328 berbanding 301 pada usul yang dikemukakan oleh parti pembangkang dan ahli parlimen dalam parti Johnson yang membantah, yang mana mereka diberi amaran akan ditendang keluar daripada Parti Konservatif sekiranya mereka menentang kerajaan.

Lebih tiga tahun selepas United Kingdom (UK) mengundi dalam satu referendum untuk meninggalkan EU, kekalahan undian itu menjadikan isu berkaitan Brexit tidak dapat diselesaikan, dengan hasilnya mungkin dengan 'no-deal Brexit’ atau dengan menghentikan semua usaha sama sekali.

Kemenangan Selasa hanyalah halangan pertama bagi penggubal undang-undang, membolehkan mereka menguasai urusan parlimen. - Reuters

Berita Harian X