Khamis, 7 November 2019 | 5:39pm

Rizab antarabangsa BNM susut sedikit

KUALA LUMPUR: Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) susut kepada AS$103.2 bilion menjelang 31 Oktober 2019 daripada AS$103.3 bilion pada 15 Oktober 2019.

BNM dalam kenyataan hari ini berkata, kedudukan rizabnya adalah mencukupi untuk membiayai 7.6 bulan import tertunggak dan 1.1 kali ganda jumlah hutang luar jangka pendek.

Rizab berkenaan mempunyai komponen utama yang merangkumi mata wang asing sebanyak US$96.8 bilion, kedudukan Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.1 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.9 bilion), dan aset-aset lain (AS$2.3 bilion).

Aset termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR yang berjumlah RM 432.19 bilion, Kertas Kerajaan Malaysia (RM2.21 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM6.78 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM12.87 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM143.44 bilion), mata wang dalam edaran (RM109.97 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM163.52 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM10.43 bilion), deposit lain (RM968.16 juta), Kertas Bank Negara (RM20.16 bilion), peruntukan SDR (RM7.68 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM2.35 bilion).

-BERNAMA

Berita Harian X