Rabu, 13 Mei 2020 | 11:17am
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Tarikh akhir permohonan GKP Jumaat ini

KUALA LUMPUR: Tarikh akhir permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP) ialah pada 15 Mei ini, demikian menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sehubungan itu, LHDN menyarankan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan untuk mengisi borang permohonan dengan segera dan tidak menunggu sehingga tarikh akhir itu.

"Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian di Portal GKP yang disediakan oleh LHDN iaitu https://gkp.hasil.gov.my/. Permohonan secara manual tidak akan diterima.

"LHDN akan memproses semua permohonan selepas 15 Mei 2020 dan pemohon GKP boleh membuat semakan status permohonan bermula pada minggu pertama Jun ini.

"Bagi permohonan yang lulus, bayaran GKP dijangka akan dibuat pada hujung bulan depan," katanya dalam satu kenyataan.

LHDN berkata, PKS mikro boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) GKP yang dimuatnaik pada portal rasmi GKP untuk mendapatkan maklumat lanjut atau klik pada capaian pantas di https://gkp.hasil.gov.my/Download/Faq/Soalan_Lazim_GKP.pdf

Selain itu, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan GKP juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara),

b) HASiL Live Chat;

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan

d) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:

• Facebook - https://www.facebook.com/LHDNM

• Twitter - https://twitter.com/LHDNMofficial

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X