Isnin, 24 Julai 2017 | 2:15pm

TNG kerjasama dengan Ant Financial Services

KUALA LUMPUR: Touch 'n Go Sdn Bhd (TNG), anak syarikat CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) menjalin usaha sama (JV) ekuiti dengan Ant Financial Services Group (Ant Financial), syarikat induk Alipay dalam meneroka perkhidmatan pembayaran digital.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz (kiri) dan Kumpulan Ketua Pegawai Eksekutif Ant Financial Service Group, Eric Jing (dua roght) saksi yang menandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Touch N Go, Syahrunizam Shamsuddin (dua kiri) mengubah dokumen dengan Pengurus Besar Alipay Asia Tenggara Alipay, Dayong Zhang (kanan) semasa Penandatanganan Perjanjian Usahasama antara Touch N Go dan Kumpulan Perkhidmatan Kewangan. NSTP/ROSELA ISMAIL

Kerjasama antara syarikat pembayaran elektronik dan peneraju perkhidmatan kewangan digital global itu akan memanfaatkan keupayaan teknologi masing-masing, pengalaman pasaran dan pengenalan platform pembayaran dan perkhidmatan kewangan lain.

TNG dan Ant Financial memeterai perjanjian bagi membentuk JV di mana, TNG akan memiliki pegangan majoriti dan Ant Financial, minoriti.

Menerusi JV itu, kedua-dua entiti akan menyuntik modal bagi mewujudkan syarikat penyedia pembayaran 'offline'  dan dalam talian bertaraf dunia, penyelesaian dompet mudah alih dan perkhidmatan berkaitan kewangan.

Perjanjian itu dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif TNG, Syahrunizam Samsudin mewakili TNG dan Ant Financial diwakili Pengurus Besar bagi Asia Tenggara Alipay, Dayong Zhang, di sini.

Ia disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif Ant Financial, Eric Jing.

Berita Harian X