Khamis, 10 Ogos 2017 | 10:40pm

MDEC, EO tandatangan MoU tingkat bidang digital

KUALA LUMPUR: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Organisasi Usahawan Cawangan Malaysia (EO Cawangan Malaysia ) bagi tujuan untuk mendapatkan lebih banyak perniagaan menceburi bidang digital.

EO adalah rangkaian rakan setara global yang terdiri daripada lebih 12,000 pemilik perniagaan berpengaruh dengan 160 cawangan di 50 negara.

Dalam satu kenyataan, MDEC berkata, dengan menggalakkan perniagaan melangkah ke bidang digital, syarikat boleh melindungi diri mereka pada masa depan kerana kuasa pasaran membolehkan pesaing yang lebih pantas dan mampu menghasilkan pengalaman pelanggan yang lebih baik untuk menimbulkan masalah.

"Organisasi kini menilai modal dan data perniagaan mereka secara berbeza kerana mereka ingin bekerjasama merentas garis fungsian untuk meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos, dan meningkatkan pengalaman pelanggan.

"Walaupun ia masih berterusan, lebih banyak perlu dilakukan untuk melaksana penyelesaian terbabit. Ini adalah antara alasan utama kenapa MDEC menggalakkan penggunaan digital," kata Ketua Pegawai Operasi MDEC, Datuk Ng Wan Peng.

Sementara itu, Presiden EO Cawangan Malaysia, Mark Chua berkata, kerjasama itu akan membolehkan MDEC tmendapat akses kepda sokongan yang diperlukan bagi meningkatkan keupayaan sokongan kepada anggotanya.

Ini termasuk memperkasa inisiatif penggunaan digital seperti program penemuan digital, acara kesedaran, Nadi Inovasi dan Sidang Kemuncak Eksekutif, program penyerapan korporat serta menambah baik kerja penyelidikan pasaran serta trend.

"Tidak ragu-ragu lagi, terdapat pelabagai lapisan sinergi antara EO Cawangan Malaysia dan MDEC yang boleh digunakan untuk membantu syarikat Malaysia meningkatkan daya saing mereka.

"Dengan kerjasama ini, kami berharap untuk merangsang keupayaan digital sekurang-kurangnya 30 anggota organisasi dalam tempoh dua tahun, berikutan MDEC mempunyai pelbagai program inovasi dan penambahbaikan yang boleh diguna semua industri yang boleh dipadankan dengan apa yang ditawarkan EO Cawangan Malaysia," kata Chua.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran itu, layari http://www.mdec.my/vip dan http://www.eonetwork.org/malaysia.

-- BERNAMA

Berita Harian X