Rabu, 29 November 2017 | 9:34am

Bursa Malaysia melantun daripada kejatuhan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mencatat lantunan daripada kejatuhan semalam untuk dibuka lebih tinggi sedikit pagi ini dengan minat belian baharu dan di tengah-tengah sentimen positif global, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.73 mata pada 1,715.15 daripada 1,714.42 penutup Selasa.

Indeks itu dibuka 1.86 mata lebih tinggi pada 1,716.28.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 148 berbanding 93 dengan 145 tidak berubah, 1,488 tidak didagangkan dan 75 yang lain digantung.

Sejumlah 65.92 juta saham bertukar tangan bernilai RM27.96 juta. - BERNAMA

Berita Harian X