Selasa, 23 Januari 2018 | 10:50am
PENGARAH Eksekutif MIER, Dr Zakariah Abdul Rashid. - Foto Rosela Ismail

MIER semak naik KDNK kepada 5.6% bagi 2017

KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyemak naik Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 5.6 peratus pada 2017, naik 0.8 peratus daripada unjuran sebelum ini.

Pengarah Eksekutif, Dr Zakariah Abdul Rashid, berkata semak naik itu disandarkan kepada permintaan domestik yang lebih pantas daripada jangkaan, selain aktiviti pembuatan berdaya tahan yang ditunjukkan indeks pengeluaran perindustrian yang berkembang, disokong pertumbuhan dua angka dalam eksport.

"Tiga suku pertama 2017 menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada jangkaan dengan KDNK sebenar masing-masing berkembang 5.6 peratus, 5.8 peratus dan 6.2 peratus.

"Sementara suku keempat dijangka menyederhana kepada di bawah lima peratus daripada setahun lalu," katanya pada sidang media Tinjauan Ekonomi Malaysia bagi Suku Keempat di sini, hari ini. - BERNAMA

Berita Harian X