Selasa, 22 Mei 2018 | 9:55am

Bursa Malaysia terkait sentimen pasaran serantau

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada awal dagangan hari ini tetapi kembali mencatatkan penurunan sedikit selepas dibuka.

Penurunan itu disebabkan pengambilan kira keuntungan sederhana dalam saham berwajaran tinggi terpilih dan selari dengan rakan serantaunya mengenai kebimbangan perbincangan perdagangan Amerika Syarikat-China, kata peniaga.

Pada jam 9.23 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.70 mata kepada 1,851.88 daripada 1,853.58 pada penutup semalam.

Indeks dibuka 1.03 mata lebih tinggi pada 1,854.61.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 198 berbanding 188, manakala 215 kaunter tidak berubah, 1,306 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 257.83 juta unit bernilai RM176.92 juta.

Berita Harian X