Jumaat, 24 Ogos 2018 | 9:01am

Saham Tokyo dibuka memberangsangkan

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih tinggi pagi ini dibantu yen yang lebih murah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dan rali dalam saham global yang tidak mengendahkan persengketaan tarif AS-China.

Indeks penanda aras Nikkei 225 menokok 0.31 peratus atau 70.37 mata kepada 22,481.19 pada awal dagangan, manakala indeks Topix mengukuh 0.51 peratus atau 8.64 mata pada 1,706.86.

Nilai dolar mengukuh, didagangkan pada 111.39 yen pada awal dagangan di Asia, berbanding 111.23 yen di New York dan 110.85 yen di Tokyo pada Khamis.

"Pengukuhan dolar AS menarik naik saham Jepun," kata Yoshihiro Ito, ketua strategi di Okasan Online Securities dalam ulasannya.

Di Tokyo, saham syarikat pengeksport utama mencatat peningkatan, dengan Sony didagangkan 0.60 peratus lebih tinggi pada 6,020 yen, Panasonic naik 0.40 peratus pada 1,350.5 yen dan Nintendo naik 0.64 peratus pada 37,640 yen. - AFP

Berita Harian X