Khamis, 29 November 2018 | 12:57pm

Bursa Malaysia kekal tinggi tengah hari

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia kekal tinggi tengahari, disokong momentum belian berterusan dalam saham berkaitan indeks diterajui Maybank, kata peniaga.

Pada 12.30 tengahari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.88 peratus atau 14.88 mata pada 1,701.43 berbanding 1,686.55 penutup Rabu.

Indeks itu dibuka 8.30 mata lebih kukuh pada 1,694.85 dan bergerak antara 1,694.85 dan 1,702.63 sepanjang sesi pagi.

Kaunter naik mengatasi turun sebanyak 185 berbanding 73 dengan 122 tidak berubah manakala 1,541 tidak didagangkan dan 73 yang lain digantung.

Sejumlah 976.03 juta saham bertukar tangan bernilai RM969.82 juta. - BERNAMA

Berita Harian X