Rabu, 14 Ogos 2019 | 9:17am

Saham Tokyo dibuka tinggi

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih tinggi hari ini, menyusuli kenaikan semalaman di Wall Street.

Indeks penanda aras Nikkei 225 naik 0.98 peratus atau 200.21 mata kepada 20,655.65 pada awal dagangan manakala indeks Topix naik 0.90 peratus atau 13.36 mata pada 1,499.93.

"Saham Jepun akan dibeli berikutan kenaikan di pasaran AS yang disokong rasa lega selepas pengumuman penangguhan tarif tambahan ke atas barangan China," kata Yoshihiro Ito, pakar strategi di Okasan Online Securities, dalam ulasan.

"Yen yang melemah pada tahap 106 yen berbanding dolar juga membantu," katanya.

Yen yang lebih rendah adalah positif bagi pengeksport Jepun kerana ia menjadikan produk mereka lebih kompetitif di luar Jepun dan juga menaikkan keuntungan apabila ia dihantar pulang.

Dalam dagangan saham Tokyo, Sony naik 1.14 peratus kepada 5,956 yen sementara pelabur IT SoftBank Group naik 1.22 peratus kepada 4,955 yen.

Pengendali rantai Uniqlo Fast Retailing naik 0.88 peratus kepada 63,350 yen. - AFP

Berita Harian X