Khamis, 5 September 2019 | 9:34am
Saham Tokyo dibuka lebih tinggi hari ini meneruskan kenaikan semalaman di Wall Street. - Foto hiasan
Saham Tokyo dibuka lebih tinggi hari ini meneruskan kenaikan semalaman di Wall Street. - Foto hiasan

Saham Tokyo dibuka lebih tinggi

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih tinggi hari ini meneruskan kenaikan semalaman di Wall Street susulan redanya kebimbangan berhubung Brexit dan perkembangan positif dalam krisis Hong Kong.

Indeks penanda aras Nikkei 225 naik 0.97 peratus atau 201.32 mata pada 20,850.46 pada awal dagangan.

Indeks Topix naik 0.86 peratus atau 12.99 mata pada 1,519.80.

"Saham Jepun dilihat meningkat di tengah-tengah kenaikan global selepas risiko politik berkurang," kata Okasan Online Securities dalam ulasan selepas pemimpin Hong Kong menarik balik rang undang-undang ekstradisi yang mencetuskan bantahan besar-besaran di bandaraya itu.

Pelabur juga gembira dengan langkah di Britain untuk mengelakkan ‘no-deal Brexit’ dan penolakan parlimen ke atas usul untuk mengadakan pilihan raya umum.

Di Tokyo, Nissan naik 0.82 peratus pada 650.2 yen, mengetepikan laporan bahawa ketua eksekutifnya kereta menerima pembayaran lebih daripada yang beliau berhak.

Saingannya, Honda meningkat 2.13 peratus pada 2,632. - AFP

Berita Harian X