Khamis, 12 September 2019 | 10:13am

Harga minyak naik, inventori merosot

TOKYO: Harga minyak melonjak pada Khamis, selepas mengalami kerugian pada sesi sebelumnya, disokong oleh langkah untuk meredakan ketegangan perdagangan antara Washington dan Beijing.

Sementara inventori minyak Amerika Syarikat (AS) susut paling rendah dalam tempoh hampir setahun.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 41 cents, atau 0.7 peratus kepada AS$61.22 pada 0051 GMT.

Sementara niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) AS menambah 40 cents, atau 0.7 peratus pada AS$56.16.

Kenaikan berlaku selepas China mengecualikan tarif ke atas beberapa ubat anti-kanser AS dan barangan lain, manakala Presiden Donald Trump mengumumkan kelewatan kenaikan tarif ke atas barangan China yang bernilai berbilion dolar.

“Langkah Trump dilihat sebagai isyarat ‘muhibah’ penting, bahawa beliau juga bersedia untuk berunding bagi menghentikan perangan perdagangan itu,” kata Ahli Strategi Pasaran Asia Pasifik AxiTrader, Stephen Innes.

-REUTERS

332 dibaca
Berita Harian X