Khamis, 19 September 2019 | 9:44am

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini berikutan ketidaktentuan menyelubungi rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China terus memberi kesan kepada sentimen pasaran.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.77 mata kepada 1,597.72 berbanding 1,599.49 penutup semalam.

Indeks itu dibuka 0.84 mata lebih rendah pada 1,598.65.

Bagaimanapun, kaunter naik mengatasi kaunter turun sebanyak 96 berbanding 84 dengan 162 kaunter tidak berubah, manakala 1,637 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Sejumlah 64.98 juta saham bertukar tangan bernilai RM29.58 juta. - BERNAMA

Berita Harian X