Selasa, 24 September 2019 | 9:12am

Saham Tokyo dibuka tinggi

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih tinggi hari ini dalam dagangan berhati-hati selepas hujung minggu yang panjang di Jepun dan prestasi semalaman yang mendatar di Wall Street, selain ketiadaan petunjuk baharu.

Indeks penanda aras Nikkei 225 naik 0.18 peratus atau 38.84 mata kepada 22,117.93 pada awal dagangan, manakala indeks Topix naik 0.33 peratus atau 5.32 mata kepada 1,621.55.

"Saham Jepun hari ini ketiadaan acara baharu yang dapat menggerakkan pasaran, selepas acara utama bank pusat minggu lalu," kata Okasan Online Securities dalam satu ulasan.

Beberapa kaunter elektronik mencatat kenaikan dengan Hitachi menokok 2.58 peratus kepada 4.088 yen dan pengeluar peralatan ujian cip Advantest naik 2.76 peratus pada 4,840 yen.

Saham syarikat automotif bercampur-campur, dengan Toyota mencatat kenaikan 0.90 peratus pada 7,472 yen manakala Honda turun 0.94 peratus pada 2,878 yen. - AFP

Berita Harian X