Khamis, 10 Oktober 2019 | 6:39pm

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur susulan belian saham pada harga rendah pada saat-saat akhir selepas mencecah paras terendah baharu dalam tempoh empat tahun disebabkan konflik perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, selain kebimbangan menjelang pembentangan Belanjawan 2020 esok, kata peniaga.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.64 mata kepada 1,551.87 berbanding 1,551.23 pada penutupan Rabu.

Indeks yang dibuka 0.53 mata lebih rendah pada 1,550.7, bergerak antara 1,548.45 dan 1,553.18 di sepanjang hari.

FBM KLCI merosot kepada paras terendah dalam tempoh empat tahun pada 1,548.45 pada 2.50 petang, melepasi paras terendah 1,548.62 semalam. Ini merupakan paras paling rendah sejak 24 Ogos, 2015, apabila indeks mencecah 1,532.00.

Kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 384 berbanding 339, manakala 828 kaunter tidak berubah, 460 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.23 bilion saham bernilai RM1.52 bilion berbanding 1.95 bilion saham bernilai RM1.68 bilion semalam.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam notanya bekata saham berharga rendah dan dan saham dalam pasaran secara menyeluruh juga merosot selepas mencatat keuntungan baru-baru ini ekoran sentimen yang semakin lemah yang menurut firma penyelidikan, kedudukan ini akan berterusan dalam jangka terdekat.

“Saham teknologi kukuh dalam tempoh terdekat dan dijangkakan menyaksikan aktiviti belian semasa harga rendah ditengah-tengah kedudukan pasaran yang lebih sukar,” katanya.

Dari segi teknikal, Kenanga Research berkata paras sokongan utama untuk dipantau ialah 1,550 (paras sokongan -1) dan 1,510 (paras sokongan -2) yang mengetasi paras ketahanan pada 1,630 (paras ketahanan -1) dan 1,650 (paras ketahanan -2).

Antara saham wajaran tinggi, Maybank, CIMB, Maxis dan Axiata masing-masing meningkat satu sen kepada RM8.39, RM4.86, RM5.45 dan RM4.27, manakala PChem susut dua sen kepada RM7.18. IHH tidka berubah pada RM5.67.

Bagi saham aktif, Netx Holdings, Sapura Energy, Bumi Armada dan Sanichi masing-masing kekal pada 1.5 sen, 26 sen, 36.5 sen dan lima sen.

Sementara itu, Jaks Resources meningkat enam sen kepada 91.5 sen manakala Priceworth susut setengah sen kepada 5.5 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 9.7 mata kepada 11,020.65, Indeks FBMT 100 menambah 9.65 mata kepada 10,841.89 manakala Indeks FBM Emas Shariah meningkat 22.54 mata kepada 11,641.74.

FBM 70 menambah 33.73 mata kepada 13,798.43 manakala FBM ACE merosot 5.85 mata kepada 4,583.13.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 26.94 mata kepada 14,960.6 dan Indeks Perladangan menambah 3.89 mata kepada 6,543.05 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Kewangan susut 0.22 mata kepada 149.75.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 1.23 billon unit benilai RM1.37 bilion berbanding 1.24 bilion unit bernilai RM1.53 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 385.79 juta unit bernilai RM63.06 juta berbanding 383.78 juta unit bernilai RM74.47 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat hampir sekali ganda kepada 614.16 juta saham bernilai RM93.19 juta berbanding 317.54 juta saham bernilai RM73.43 juta pada Rabu.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang sejumlah 176.92 juta saham yang diurus niaga di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan industri (239.74 juta), pembinaan (159.43 juta), teknologi (92.4 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (26.91 juta), hartanah (94.16 juta), perladangan (43.33 juta), REITs (14.54 juta), dana tertutup (6,400), tenaga (263.45 juta), penjagaan kesihatan (14.73 juta), telekomunikasi dan media (53.08 juta), pengangkutan dan logisik (39.87 juta), manakala utriliti sebanyak (15.94 juta).

-BERNAMA

Berita Harian X