Rabu, 16 Oktober 2019 | 9:11am

Saham Tokyo dibuka lebih tinggi

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih tinggi pagi ini menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street susulan laporan kewangan korporat yang kukuh, manakala penyusutan yen dolar turut menyokong pasaran.

Indeks penanda aras Nikkei 225 naik 1.20 peratus atau 266.56 mata pada 22,473.77 pada awal dagangan.

Indeks Topix naik 1.04 peratus atau 16.77 mata pada 1,636.97.

"Selepas kenaikan saham AS susulan laporan pendapatan korporat yang positif, pasaran Jepun dilihat meningkat disokong kenaikan semalaman di Amerika Syarikat (AS) dan yen yang lebih murah," kata Toshiyuki Kanayama, penganalisis pasaran kanan di Monex.

Di Tokyo, syarikat perkapalan adalah antara yang mencatat kenaikan tertinggi, dengan Mitsui OSK Lines naik 1.67 peratus pada 3,035 yen dan Nippon Yusen naik 1.89 peratus pada 1,936 yen.

Syarikat automotif juga lebih tinggi, dengan Toyota naik 1.39 peratus pada 7,488 yen, Nissan naik 1.74 peratus pada 692.4 yen dan Honda naik 0.93 peratus pada 2,926.5 yen. - AFP

Berita Harian X