Jumaat, 25 Oktober 2019 | 9:43am

Saham Tokyo dibuka lebih tinggi

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih tinggi pagi ini disokong oleh yen yang agak lemah dengan pelabur memantau pasaran China.

Indeks penanda aras Nikkei 225 naik 0.10 peratus atau 22.47 mata pada 22,773.07 pada awal dagangan.

Indeks Topix naik 0.10 peratus atau 1.57 mata pada 1,645.31.

"Yen stabil dalam sesi baru-baru ini, dan walaupun Dow ditutup rendah di New York, Nasdaq dan S&P 500 menokok lebih tinggi, dan menjadi panduan bagi saham Jepun," kata Hideyuki Suzuki, ketua jabatan penyelidikan maklumat pelaburan di SBI Securities kepada AFP.

Pelabur memantau laporan pendapatan korporat, tetapi "mereka tidak begitu risau," katanya.

Mereka juga lega akan fakta bahawa bank pusat utama termasuk Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dan Bank Pusat Eropah (ECB) kekal atas dasar monetari, katanya.

Antara saham utama di Tokyo, pengeluar peralatan pembuatan cip Tokyo Electron naik 2.86 peratus pada 21,945 yen, Sony naik 0.58 peratus pada 6,377 yen, dan pembuat bahagian elektronik dan elektronik Nidec naik 3.23 peratus pada 15,980 yen. - AFP

Berita Harian X