Rabu, 6 November 2019 | 9:42am
- Gambar hiasan

Harga minyak mentah merosot

SEOUL: Harga minyak mentah susut dalam dagangan hari ini selepas data industri menunjukkan bekalan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Bagaimanapun, jangkaan ketegangan dagangan antara AS dan China yang semakin reda berjaya mengekang kerugian.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan pada AS$62.73 setong, susut 23 cents, atau 0.4 peratus, daripada harga penutup sebelumnya iaitu pada AS$62.96 setong.

Niaga hadapan AS West Texas Intermediate (WTI) pula susut 21 cents, atau 0.4 peratus daripada penutup akhirnya kepada AS$57.05 setong.

Dalam sesi dagangan terdahulu, WTI ditutup 1.2 peratus lebih tinggi pada AS$57.23 setong.

Inventori minyak mentah AS meningkat sebanyak 4.3 juta pada minggu berakhir 1 November kepada 440.5 juta tong, menurut data daripada American Petroleum Institute (API) yang dikeluarkan pada Selasa.

Jumlah itu hampir tiga kali ganda unjuran kenaikan yang dibuat oleh penganalisis iaitu 1.5 juta tong. -REUTERS

Berita Harian X