Jumaat, 29 November 2019 | 9:32am
Stock price movements are seen on a screen at a securities company in Beijing on July 11, 2018. / AFP PHOTO / NICOLAS ASFOURI

Saham Tokyo dibuka lebih tinggi

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih tinggi hari ini tetapi dagangan tidak bersemangat dengan ketiadaan peristiwa baharu yang dapat menggerakkan pasaran susulan pasar Amerika Syarikat (AS) ditutup sempena Thanksgiving.

Indeks penanda aras Nikkei 225 naik 0.29 peratus, atau 67.99 mata, pada 23,477.13 pada awal dagangan.

Indeks Topix naik 0.19 peratus atau 3.28 mata kepada 1,711.34.

"Pasaran Jepun hari ini kekurangan petunjuk arah selepas pasaran AS ditutup dan tanpa berita baharu untuk diperdagangkan," kata Okasan Online Securities dalam satu ulasan.

Pelabur kekal berhati-hati berhubung perkembangan rundingan perdagangan AS-China, katanya.

Antara saham utama di Tokyo, saham berkaitan China lebih tinggi dengan pengeluar komponen elektronik Rohm meningkat 0.64 peratus kepada 9,340 yen dan pengeluar robot industri Fanuc menokok 1.10 peratus kepada 21,055 yen.

Panasonic naik 2.22 peratus pada 1,031.5 yen. Selepas loceng penutup pada Khamis, gergasi elektronik itu mengumumkan ia keluar daripada perniagaan semikonduktor, menjual anak syarikat yang mencatat kerugian itu kepada firma Taiwan. - AFP

Berita Harian X