Jumaat, 3 April 2020 | 2:14pm
Paparan dagangan pasaran saham di ibu pejabat RHB Bank di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Paparan dagangan pasaran saham di ibu pejabat RHB Bank di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

FTSE Russell kekal bon Malaysia dalam Indeks Bon Kerajaan Global FTSE

KUALA LUMPUR: Penyedia Indeks FTSE Russell mengekalkan bon kerajaan Malaysia dalam senarai pemantauannya untuk mengkaji kemungkinan mengeluarkan negara ini daripada Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI) FTSE.

Namun begitu, penyedia indeks berkenaan mengiktiraf inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meningkatkan akses pelabur asing ke dalam pasaran bon kerajaan.

Ia berkata, usaha untuk merangsang kecairan pasaran sekunder termasuk kerja untuk menubuhkan pejabat pengurusan hutang, kalendar lelong lebih baik, yang menawarkan lebih banyak pembukaan semula sebelum terbitan dan jumlah besar sekuriti kerajaan yang tersedia menerusi repo.

“FTSE Russell akan terus berhubung secara rapat dengan jawatankuasa penasihat pendapatan tetap dan pemegang kepentingan lain untuk menentukan kemajuan praktikal yang dihasilkan daripada inisiatif penting itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Lazimnya, FTSE Russell akan menyediakan kemas kini interim pada Mac, tetapi sebarang perubahan kepada klasifikasi negara, yang menunjukkan penghakiman FTSE Russell mengenai akses pasaran untuk kemasukan indeks, hanya dilaksanakan pada semakan September.

Berita Harian X