Jumaat, 9 Ogos 2019 | 8:01pm

5 tempat untuk dikunjungi pada Bulan Kemerdekaan

KUALA LUMPUR: Kepelbagaian masyarakat majmuk, berbilang budaya dan saling hormat menghormati yang wujud di negara ini, menjadi satu daripada keistimewaan yang sukar diperoleh di negara lain.

Di sana sini, kita boleh menyaksikan setiap kaum bergembira dan duduk bersama-sama bagi meraikan apa juga perayaan tanpa sebarang persengketaan.

Kali ini lebih istimewa kerana Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-62 tahun dan pastinya, pelbagai aktiviti akan dilakukan bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan setiap masyarakat.

Ketika inilah anda dapat menyaksikan setiap orang berlumba-lumba untuk menonjolkan semangat mereka atau paling tidak kurang pun mengibarkan bendera Malaysia sebagai tanda cintakan tanah air ini.

Namun, jangan lupa untuk membawa telefon pintar siri OPPO Reno anda kerana ia mampu menghasilkan sekeping gambar cantik dan menarik untuk diabdikan sebagai kenang-kenangan.

Selain itu, ramai yang mengatakan, kalau anda pernah mengunjungi lima tempat paling popular di negara ini, jelas tanpa ragu-ragu anda adalah rakyat sejati negara ini.

Justeru, sambil mengabdikan kenangan itu, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM95,000 dalam Peraduan Fotografi OPPO “Beyond Your Vision Photography” anjuran BH.

1. Jalan Petaling & Pasar Seni

Jalan Petaling dan Pasar Seni adalah antara tempat mempunyai sejarahnya tersendiri, yang mana ia boleh menarik kedatangan ramai pelancong daripada seluruh dunia.

Lebih daripada 1,000 kiosk dan gerai yang menjual pelbagai barangan dan makanan, malah tidak pernah sunyi seolah bagaikan satu pesta.

Jalan Petaling itu sendiri dikatakan sudah wujud lebih 100 tahun lalu dan dibangunkan kaum Cina yang menduduki Kuala Lumpur menyebabkan digelar ‘China Town’ atau pekan Cina.

Uniknya cara tarikan jualan di situ ialah bahasa digunakan sangat dekat dengan jiwa seperti ‘abang’ dan ‘kakak’, malah tidak pernah membeza-bezakan pengunjung yang datang.

Bahkan, pengunjung luar negara yang datang juga boleh merasai sendiri kemesraan yang ditonjolkan oleh peniaga-peniaga disitu.


(Foto: @jiale6_)

Antara teknik yang sentiasa digunnakan oleh jurugambar berpengalaman ialah komposisi gambar simetris dengan asimetris. Simetris adalah teknik komposisi gambar yg disusun dengan rapi dan memperhatikan keseimbangan bentuk. Kompisisi asimetris pula mempunyai susunan abstrak atau acak tapi tetap mengekalkan keindahan imej. Kamera pada Siri Reno mempunyai 48MP yang boleh bersaing dengan Sony IMX586 sensor. Ia menampilkan aperture sebesar F1.7 yang mempertingkatkan penderian cahaya,-seterusnya membolehkan gambar lebih tajam terhasil.


(Foto: @johnpang.jpg_)

2. Bukit Bintang

Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah kota raya pastinya tidak lari daripada kesibukan, namun tetap menjadi tumpuan ramai, bahkan juga pelancong.

Di sebalik kesibukan lokasi ini, sebenarnya ia menunjukkan pencapaian begitu membanggakan kerana di situlah menjadi tumpuan setiap orang.

Tempat ini adalah satu bandar moden yang dipenuhi dengan gemerlapan lampu, menjadikan malam anda tidak akan suram.

Peluang pekerjaan juga sentiasa terbuka luas kepada mereka yang ingin mengubah angin dan berhijrah ke kota besar ini.


(Foto: @ jiale6_)

Tanpa mengira waktu, OPPO memastikan kejelas imej dicapai tanpa mengira waktu jesteru mencipta Mod Malam Ultra 2.0 yang digunakan untuk mencapai fotografi malam yang cerah dan jelas. Kemahiran peranti lunak Mod Malam Ultra 2.0 ditonjolkan menerusi gambar - gambar yang diambil oleh Jiale6_.


(Foto: @wg_sam)

3. Batu Caves

Biarpun terkenal sebagai tempat keagamaan oleh masyarakat beragama Hindu, ia turut dikunjungi oleh setiap kaum di negara ini untuk melihat kebudayaan kaum lain.

Tangganya yang berwarna warni sebanyak 272 anak tangga itu menjadi satu simbolik kepada Batu Caves, malah apabila tiba perayaannya, ramai yang dapat menyaksikan keunikan kebudayaan kaum berkenaan.

Tidak terkecuali, pelancong luar juga mengambil kesempatan untuk turut sama. Tiada bayaran dikenakan untuk menuju ke dalam gua Batu Caves berkenaan.

Terdapat juga air terjun dan air panas yang berdekatan untuk tempat pilihan bersantai bersama seisi keluarga.


(Batu Caves, KL Foto:@jiale6_)

Selain itu, Batu Caves, Kuala Lumpur juga antara lokasi wajib dikunjungi dan terkenal dengan tangga berwarna-warni. Dengan bantuan Mod Dazzle dapatkan warna lebih menarik yang mana ia memanfaatkan AI untuk mengenalpasti imej supaya tahap warna lebih tepat and tajam. Selain itu, warna imej yang terhasil lebih jelas dan semula jadi. Mod Dazzle juga boleh dihasilkan menerusi ciri yang terdapat pada siri OPPO Reno

4. Bukit Tabur

Tidak terhad untuk kawasan berhibur saja, Bukit Tabur juga terkenal sebagai lokasi untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Bukit Tabur ini sangat popular kerana mudah didaki, justeru menjadi pilihan ramai orang untuk melakukan aktiviti sihat bersama yang tersayang.

Bukan setakat itu saja, Malaysia juga terkenal dengan pelbagai bukit-bukau dan gunung-ganang dengan lagenda tersendiri seperti Gunung Ledang, Gunung Kinabalu dan sebagainya.


(Bukit Tabur Foto:@jiale6_)

Jiale6_ telah menangkap gambar pemandangan yang lebih luas dengan Reno 10x Zoom, kamera 120° kanta sudut lebar. Pandangan panaroma biasanya sesuai untuk pemandangan jauh. Kamera kanta sudut lebar OPPO menggunakan lensa aperture kecil yang memberi kedalaman medan yang mengagumkan. Jika anda menempatkan objek atau seorang di latar depan, ia membantu membandingkan skala dan menekankan seberapa jauh jaraknya.

5. Taman KLCC

Dengan kepelbagaian keunikan yang terdapat di negara ini, secara tidak langsung ia menggalakkan setiap orang untuk meneroka keindahan negara sendiri, mempelajari budaya dan tradisi setiap kaum yang ada.

Malah, pada masa yang sama, anda boleh merasai pelbagai jenis hidangan kerana Malaysia juga dikenali sebagai syurga makanan kepada mereka yang sentiasa tercari-cari hidangan menyelerakan.

Justeru, berbanggalah anda kerana dilahirkan di negara yang majmuk, kaya dengan budaya, bangsa dan agama, malah hidup harmoni tanpa berpecah belah.

Jika anda ingin menangkap butir-butir bangunan, The Reno 10x Zoom memiliki 48MP (kamera utama) + 8MP (sudut ultra-lebar) + 13MP (telefoto) dangan menabungkan pengaturan tiga kamera belakang dapat mencapai 10x hybrid zoom dan 60x digital zoom Ciri Reno 10x Zoom membenarkan pengguna meneroka tahap pengalaman lebih lanjut dengan butiran yang lebih halus.

Mercu yang menjadi lambang kemegahan negara, Menara Berkembar Petronas, antara bangunan yang tertinggi di dunia ini, juga menjadi antara lokasi yang sentiasa menjadi tumpuan setiap orang.

Bukan saja bangunannya yang gah, tetapi dia turut memiliki taman yang direka khas untuk sesuai berkelah bersama keluarga pada hujung minggu.


(Menara Berkembar, KLCC Park Foto: @siva_wwc)

Imej yang ditangkap dari siri OPPO Reno mempunyai hasil berkualiti dan boleh dibandingkan dengan kamera DSLR yang berteknologi tinggi. OPPO Reno dilengkapi dengan kamera utama jelas 48MP (IMX586 sensor) dan lensa ultra-lebar 5MP dengan kombinasi dual tangkapan untuk memberikan kualiti imej sejelas 48 MP.

OPPO Reno 10x Zoom pula dilengkapi kamera utama jelas 48MP, lensa telefoto 13MP dan lensa ultra -lebar 8MP yang bertindak menyokong 10x hybrid zoom, dual OIS, Mode Malam Ultra 2.0, Dazzle Color Mode dan 4K video.Siri OPPO Reno mempunyai struktur kamera terangkat pivot menyembunyikan kamera hadapan, lampu suluh dan ‘earpiece’ memastikan paparan skrin penuh dapat dilihat.

Kamera hadapan mempunyai cahaya lembut dan kesan terang dan jelas (backlit) pada gambar.OPPO mengutamakan fungsi kamera dan pengalaman pengguna sementar sentiasa berinovasi dan meneroka dalam bidang pengambaran.

Rebut hadiah RM95,000 dalam pertandingan Fotografi BH OPPO

Bagi meraikan sambutan Merdeka, OPPO dan BH akan mengadakan Peraduan Fotografi OPPO “Beyond Your Vision Photography” dengan tawaran hadiah utama iaitu telefon pintar OPPO Siri Reno serta hadiah lumayan yang lain bernilai sehingga RM95,000.

Peraduan eksklusif untuk pengguna setia OPPO ini bertujuan supaya pengguna dapat mempamerkan kehebatan mengambil gambar dengan menggunakan telefon pintar OPPO, dan anda berpeluang memenangi OPPO Reno bernilai RM1,999, OPPO F11 Pro bernilai RM1,399, O-Free Bluetooth earphone bernilai RM599, OPPO edisi terhad Barca Beg bernilai RM299 dan banyak lagi.

Mudah saja, anda hanya perlu mengambil gambar mengikut tema ditetapkan dan terus muat naik di laman sosial Instagram dan sertakan tanda pagar #BeyondYourVisionWithOPPO #OPPORenoSeries #StoryofPatriotismxOPPOmy #OPPOxBeritaHarian.

Peserta digalakkan untuk muat naik gambar sebanyak mana dengan menggunakan telefon pintar OPPO dan pastikan gambar anda mempunyai ‘watermark’ OPPO. Bagi kamera OPPO yang tidak mempunyai "watermark", anda boleh tambah tanda pagar mengikut model telefon OPPO anda (contoh: #OPPOA71).

Peraduan ini berlangsung dari 22 Julai sehingga 20 Ogos dan pemenang akan diumumkan pada 22 Ogos, menerusi laman web serta Facebook OPPO Malaysia.

Oleh kerana peraduan kali ini akan berlangsung sehingga bulan kemerdekaan, tema yang bersesuaian untuk memperlihatkan semangat patriotik anda ialah Story of Patriotism.

Layari laman web berikut sebelum 20 Ogos! Untuk maklumat lanjut mengenai “Beyond Your Vision Photography” BH :

• BH: https://www.bharian.com.my/OPPOxBeritaHarian

• Facebook BH: https://www.facebook.com/bhonline/photos/a.10151934319715600/10157446570...

• OPPO: http://oppomalaysia.com.my/beyondyourvision/

Siri OPPO Reno

Antara ciri ciri siri OPPO Reno ialah reka bentuk yang menawan dengan struktur panel kaca potongan 3D melengkung yang memberikan cengkaman selesa, kamera belakangnya tersembunyi.

Dalam siri OPPO Reno kegunaan ColorOS 6, UI baharu berasaskan Android P (Android 9.0) untuk rekaan visual baharu. ColorOS 6 turut menyokong perkhidmatan OPPO Cloud, Cycling Mode, Smart Assistant dan banyak lagi..

Siri OPPO Reno juga mempunyai teknologi pengecasan pantas VOOC 3.0 baharu dan kapasiti bateri yang besar (4065mAh untuk Reno 10x Zoom dan 3765mAh untuk Reno) yang dapat memanjangkan tempoh bateri lebih lama.

Skrin OPPO Reno 10x Zoom adalah berukuran 6.6-inci, OLED (Reno pula 6.4 inci skrin OLED) yang diperbuat daripada Corning® Gorilla Glass® generasi keenam, paparan skrin panorama penuh, FHD+resolusi dan ratio skrin badan ialah 93.1 peratus untuk menikmati resolusi sepenuhnya.

OPPO Reno 10x Zoom dikuasakan oleh Snapdragon 855 Processor yang lebih lancar, HyperBoost 2.0 dan OPPO ColorOS 6 supaya dapat menghasilkan gambar yang cantik dan menakjubkan.

OPPO Reno Standard berharga RM1999 dan OPPO Reno 10x Zoom berharga RM3399 dan boleh didapati dalam dua warna iaitu Ocean Green dan Jet Black.

Anda boleh mendapatkannya di OPPO Concept Store, pengedar sah OPPO, laman web rasmi OPPO, rakan kongsi e-dagang Lazada dan Shopee serta rakan telco termasuklah Celcom, Digi dan Maxis.

155 dibaca
Berita Harian X