Jumaat, 6 September 2019 | 2:44pm

HUAWEI nova 5T dilancarkan mulai esok pada harga RM1,599

KUALA LUMPUR: Pengguna yang tercari-cari telefon pintar berteknologi terkini tetapi pada harga mampu milik boleh memiliki HUAWEI nova 5T yang boleh didapati bermula Sabtu ini pada harga RM1,599 seunit saja.

Jangan lepaskan peluang hebat ini kerana HUAWEI nova 5T memiliki segala ciri yang diinginkan, terutama orang muda yang gemar menghasilkan sesuatu kreatif dengan hanya menggunakan kamera telefon saja.

HUAWEI Nova 5T ada RAM 8GB dan storan 128GB. Selain itu ada banyak kelebihan yang boleh diperoleh menerusi ciri lengkap pada HUAWEI nova 5T.

Ini termasuk, lima kamera kecerdasan buatan (AI) yang mana empat kamera di bahagian belakang dan satu kamera swafoto di bahagian depan pada saiz 32 megapiksel (MP) yang membolehkan anda mengambil gambar jelas dalam cahaya rendah dan memenuhi semua jenis senario.

Empat kamera di bahagian belakang peranti itu terdiri daripada kamera utama dengan saiz 48 MP; kamera ultra luas (16 MP); kamera makro (dua MP) dan kamera 'depth' pada saiz 2MP. Kamera 2MP hanya dikawal oleh sistem telefon dan bukannya pengguna.

Lebih menarik lagi, setiap imej yang diambil disunting secara automatik dan boleh dimuat turun segera di laman sosial tanpa perlu bersusah payah menggunakan kamera untuk mengabdikan kenangan anda.

Jadi bertukarlah daripada telefon pintar biasa kepada HUAWEI nova 5T kerana ia turut menampilkan ciri AIS Super Night Mode yang membolehkan gambar dirakam dalam keadaan kehadiran cahaya amat rendah, bagi memastikan momen dirakam berada dalam keadaan terbaik.

Yang pasti, APP kamera yang lebih optimum dan intuitif Nightmode, ciri dimiliki HUAWEI nova 5T tidak mampu ditandingi pengeluar lain.

Sementara itu, pada permukaan skrin, kameranya hanyalah bersaiz 4.5 milimeter ultra kecil.

Selangkah saja anda boleh menjadi seorang ‘instafamous’ dengan hanya memiliki telefon pintar HUAWEI nova 5T kerana ia boleh menghasilkan gambar yang sangat ‘versatile’.

Selain itu, rekaan HUAWEI nova 5T juga bergaya - dengan logonya yang sangat menarik. Ini kerana gabungan empat huruf unik monogram itu melambangkan dua orang iaitu lelaki dan wanita bersebelahan yang turut membawa maksud semangat, gaya hidup, yakin dan tekad.

Logo itu menjadikan siri nova ini sebagai jenama yang inovatif, bergaya dan mengikut aliran terkini dengan ‘sensor unlock’ di tepi bagi memudahkan Outfit Of The Day (OOTD) anda kelihatan sempurna.

Tiga warna ditampilkan iaitu ungu biru dan hitam dengan kesan bergemerlapan.

Melihat kepada pemprosesnya, HUAWEI nova 5T dilengkapi dengan set cip bersaiz tujuh nano meter (7nm) pertama di dunia, menggunakan set chip terunggul HUAWEI sendiri iaitu Kirin 980 dengan pengendali pintar EMUI 9.1 dan Dual NPU dengan dua AI set cip.

Bagi pengguna tegar yang gemar bermain permainan, HUAWEI nova 5T sangat sesuai kerana ia turut memiliki kuasa GPU Turbo 3.0 yang mampu menjimatkan penggunaan bateri serta CPU boleh mencapai sehingga 75 peratus.

Inilah masa yang tepat untuk anda bertukar kepada telefon terkini kerana HUAWEI juga menyediakan Program Level-up dengan penjimatan sehingga RM 905 bermula 7 September ini di semua HUAWEI Store khusus untuk pengguna nova saja.

Inginkan lebih jaminan lagi, anda boleh mendapatkan tawaran Lanjutan Jaminan 1 Tahun sehingga 30 September ini saja, jadi tunggu apa lagi jangan lepaskan peluang untuk jaminan dua tahun ini dengan berkunjung ke mana-mana stor HUAWEI berdekatan untuk dapatkan HUAWEI nova 5T.

Satu lagi berita baik, dengan HUAWEI nova 5T juga, pengguna dapat menikmati ganjaran berganda sehingga RM1,127!

Jumlah itu meliputi tawaran bernilai RM1,000 daripada rakan HUAWEI yang disenaraikan melalui Aplikasi Member Center yang boleh dimuat turun melalui HUAWEI AppGallery.

Ganjaran mengujakan itu, termasuk HUAWEI SuperCharge Car Charger yang berharga RM127. Lain-lain ganjaran adalah tiga bulan baucar premium menonton Viu, penjimatan sehingga RM120 untuk jenama PUMA dengan pembelian minimum RM400 dan promosi Sunway Lagoon, dahmakan, Celebrity Fitness, American Tourister dan banyak lagi.

Justeru, dapatkan HUAWEI nova 5T untuk lebih banyak promosi seterusnya seperti GSC, Photobook Malaysia dan Baskin-Robbins.

Harga yang ditawarkan begitu berbaloi iaitu RM1,599 saja, malah anda juga berpeluang mendapatkan hadiah eksklusif iaitu HUAWEI pengecas kereta SuperCharge bernilai RM127, selain tawaran jaminan lanjutan setahun kepada pengguna yang membeli HUAWEI nova 5T bermula 29 Ogos hingga 30 September ini.

Tunggu, MediaPad M5 Lite juga akan dilancarkan esok dan ia lengkap dengan perlindungan mata pelbagai dan sistem bunyi Harman Kardon yang disahkan, tablet bersaiz 10.1 inci ini mempunyai skrin sokongan penuh HD IPS pada 1920 x 1200 piksel dan bateri berkekuatan 7,500 mAh yang ditambah dengan teknologi HUAWEI QucikCharge.

Hadiah tambahan juga menanti pembeli MediaPad M5 Lite iaitu mini pembesar suara dan Mpen bernilai RM268. Sementara stok masih ada.

Segeralah lawati laman web HUAWEI dan hujung minggu ini, jangan sia-siakan kunjungilah stor HUAWEI yang berdekatan!

Ganjaran tambahan juga turut dimiliki oleh pembeli yang membuat pra tempahan.

11241 dibaca
Berita Harian X