Jumaat, 1 November 2019 | 3:04pm
E-dompet GoPayz dilancarkan oleh U Mobile

U Mobile perkenal e-dompet GoPayz

KUALA LUMPUR: U Mobile melancarkan e-dompet versinya sendiri iaitu GoPayz, yang boleh digunakan oleh semua orang termasuk bukan pelanggan perkhidmatannya.

Dalam kenyataan hari ini, penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu berkata, GoPayz adalah e-dompet universal dibangunkan oleh U Mobile yang menawarkan perkhidmatan kewangan digital dan gaya hidup komprehensif untuk semua.

E-dompet itu dilengkapi ciri perkhidmatan kewangan digital mampu, diterima secara meluas, terjamin dan boleh diakses pada setiap masa.

GoPayz kini boleh dimuat turun menerusi Apple App Store atau Google Play Store.

-BERNAMA

Berita Harian X