Khamis, 5 Disember 2019 | 5:33pm

TM sertai projek demonstrasi 5G

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Berhad (TM) sedang melaksanakan infrastruktur 5G di negara ini dengan menyertai projek demonstrasi 5G oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Projek demonstrasi ini adalah untuk TM menguji ciri-ciri 5G, meneroka sistem teknologi 5G dan menilai cara terbaik untuk melaksanakan infrastruktur 5G seluruh negara.

Syarikat merancang untuk menguji pelaksanaan rangkaian teras 5G bersepadu yang membolehkan ketersediaan bersama

rangkaian bukan kendiri (NSA) dan rangkaian kendiri (SA).

SA adalah masa depan pelaksanaan rangkaian 5G dan demonstrasi ini penting untuk mempercepatkan pelancaran 5G di Malaysia.

Ke arah itu, TM menerusi cabang penyelesaian perniagaan bagi perusahaan dan sektor awamnya, TM ONE, baru-baru ini telah memulakan demonstrasi 5G di Subang Jaya bersama-sama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi menguji penyelesaian-penyelesaian 5G iaitu

Lampu Isyarat Pintar, Keselamatan & Sekuriti Pintar serta Parkir Pintar.

Selain itu, TM turut memperluaskan projek demonstrasi 5G ke Pulau Langkawi dengan demonstrasi lebih banyak kes-kes gunaan 5G.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin, berkata pelaksanaan penyelesaian pintar dipacu 5G yang teruji

serta terbukti di Subang Jaya dan Langkawi adalah bukti komitmen kami dalam mempercepat penawaran perkhidmatan 5G di seluruh negara.

“Ini sebagai sokongan kepada usaha SKMM menjayakan harapan insan ke arah mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat,” katanya.

Berita Harian X