Khamis, 6 Februari 2020 | 2:58pm

Mengapa anda perlu rebut peluang miliki HUAWEI Mate 30 Pro 5G sekarang

SIRI Mate HUAWEI sentiasa menjadi kegemaran sebagai telefon pintar perniagaan untuk prestasi cemerlang.

Namun, ini bukanlah sesuatu menghairankan kerana peranti itu bukan sahaja mempunyai keunggulan tersendiri tetapi dikagumi dengan kehebatannya yang bergerak pantas dalam industri teknologi.

Selain prestasi, penampilan reka bentuk telefon pintar juga menjadi faktor penting apabila memilih telefon pintar.

Dengan adanya telefon pintar yang menggabungkan 5G, prestasi dan reka bentuk, pastinya ia akan menjadi pilihan terbaik untuk ramai orang.

Adakah HUAWEI Mate 30 Pro mempunyai apa yang diperlukan?

Perkongsian ini mungkin boleh memberikan jawapan kepada soalan yang berlegar di fikiran anda!

Pertama sekali, apabila anda memiliki HUAWEI Mate 30 Pro 5G, ia bermakna anda adalah salah seorang yang pertama menikmati pengalaman 5G di seluruh dunia.

Jadi, apabila anda melakukan perjalanan sama ada untuk masa bersantai atau pun perniagaan, pastinya lebih mudah mengendalikan sebarang urusan.

HUAWEI Mate 30 Pro diumpamakan satu kunci yang membuka pengalaman kunci rangkaian 5G anda.

Tahukah anda, 47 negara di dunia sudah pun mengkomersialkan 5G. Kebanyakan rangkaian 5G negara disediakan oleh HUAWEI, termasuklah China, United Kingdom, Jerman, Itali, dan Dubai.

Ini bermakna, apabila anda menggunakan HUWAEI Mate 30 Pro 5G, anda boleh menikmati sambungan rangkaian 5G yang lebih stabil. Lebih cepat dan lebih stabil. Pasti ciri-ciri seumpama ini yang diidamkan untuk telefon pintar anda.

Lebih unik,. HUAWEI adalah satu-satunya pembekal 5G. Anda juga perlu tahu bahawa HUAWEI adalah pembekal tunggal 5G, dari rangkaian teras hingga ke peralatan terminal.

Dalam erti kata lain, HUAWEI mempunyai akses luas; dari awal hingga ke hujung, belakang ke penamat, stesen pangkalan 5G, set cip 5G, perkhidmatan dan peranti cloud 5G serta lain-lain.

Paling membanggakan, HUAWEI Mate 30 Pro 5G adalah telefon pintar 5G yang mendapat pengiktirafan kelulusan sijil SIRIM yang pertama di Malaysia, sekali gus menjadi peneraju dan berdiri di kemuncak kemunculan 5G dengan pengenalan telefon pintar 5G.

HUAWEI Mate 30 Pro 5G juga unik kerana didatangkan dengan set cip Kirin 990 5G SoC. Bagaimanakah cip ini berbeza dalam HUAWEI Mate 30 Pro 5G?

Cip Kirin 990 5G yang digunakan di HUAWEI Mate30 Pro 5G kini menjadi perdana SoC utama di dunia dengan jalur asas bersepadu 5G.

Dalam kombinasi dengan proses 7nm + EUV, Kirin 990 5G bukan sahaja menyokong rangkaian modul dual /modul SA / NSA 5G, tetapi juga memastikan kestabilan penghantaran 5G dan penggunaan kuasa yang rendah.

Pada masa sama, ia adalah jalur asas 5G yang bersepadu, berbanding dengan penyelesaian jalur asas 5G luar dan ini menjimatkan ruang dan kos sambil meningkatkan kecekapan.

HUAWEI Mate30 Pro 5G turut menggunakan rekaan antena lengkap dengan menempatkan 21 antena yang mana 14 antena menyokong semua rangkaian rangkaian 5G, secara global.

Ia sekali gus berupaya mencapai prestasi unggul dalam industri dan memastikan sambungan isyarat berkelajuan tinggi serta stabil 5G.

Berbanding dengan telefon pintar 5G yang lain, di bawah persekitaran yang sama, HUAWEI Mate30 Pro 5G lebih daripada 50% lebih cepat dan menggunakan kuasa yang kurang.

Ini juga bermakna, bahawa telefon pintar ini memastikan sambungan isyarat stabil. Peganglah telefon pintar ini dalam keadaan apa sahaja nescaya, tidak akan wujud “Death Grip”!

Selain itu, HUAWEI Mate30 Pro 5G menyepadukan jalur asas 5G ke dalam cip SoC dan menyokong komunikasi penuh 2G /3G /4G/5G.

Ini bermaksud, telefon pintar dapat memberi maklum balas sepenuhnya kepada rangkaian kumpulan berbeza keperluan perkakasan.

Tidak kira bagaimana peningkatan 5G rangkaian akan berubah pada masa akan datang, HUAWEI Mate 30 Pro 5G dapat beralih dengan lancar, membawa pengguna pengalaman 5G dengan jalur lebar yang besar, kelajuan tinggi, dan pendaman (latency) yang rendah.

Apabila melancong ke luar negara, anda boleh beli kad sim 4G dan nikmati kelajuan rangkaian 4G yang lebih pantas melalui peranti 5G.

Anda juga harus tahu bahawa HUAWEI Mate30 Pro 5G menduduki tempat teratas DxOMark dengan empat kamera Leica.

Dari segi konfigurasi, HUAWEI Mate30 Pro 5G mengamalkan reka bentuk kamera dua utama.

Kamera CMOS dengan saiz 1 / 1.7 inci dan kamera CMOS dengan saiz 1 / 1.54 melengkapkan satu sama lain.

Telefon pintar ini bukan sahaja mempunyai keupayaan pengimejan pemandangan malam yang sangat baik, tetapi juga mempunyai kuasa untuk merakam filem.

Reka bentuk peranti ini pula canggih dan halus rekaannya serta membawa pengalaman visual yang mengagumkan.

Ia mempunyai skrin ultra melengkung yang memberikan pengalaman tontonan yang muktamad.

Kaca yang dikelilingi dengan lengkung ultra 88 darjah, memberikan anda sentuhan semula jadi ketika peranti ini diletakkan di telapak tangan anda.

Bagi peminat permainan video, akan sering menghadapi masalah seperti kelewatan rangkaian dan ketinggalan.

Namun, dengan rangkaian 5G, anda boleh bermain dengan rangkaian yang lebih cepat dan lebih stabil dengan kependaman rendah.

Dengan keupayaan 5G SoCal Kirin 990 5G, HUAWEI Mate 30 Pro 5G membolehkan anda menikmati permainan internet lebih menyeronokkan.

Ditambah lagi terdapatnya, GPU Mali-G76 MC16 di Kirin 990 SoC yang boleh melakukan pemprosesan imej secara besar-besaran dengan penggunaan lebih rendah dan ini memberikan kesan grafik yang lebih baik serta pengalaman permainan lebih mengujakan.

Tidak terhenti di situ, keistimewaannya juga ada pada belakang telefon pintar ini. Tidak seperti kaca belakang biasa, HUAWEI Mate 30 Pro 5G terserlah dengan kemasan kulit Orange Vegan. Kulit belakangnya praktikal, lebih tahan lasak, tahan calar dan mudah dibersihkan.

Kemasan kulit seiring dengan karektor perniagaan dan menepati gaya sehingga membuatkannya sukar untuk terlepas dari genggaman.

Satu lagi kelebihan HUAWEI Mate30 Pro 5G adalah hayat baterinya. Peranti ini berkuasa 40W HUAWEI Super Fast Charge dan 27W Wireless Super-Fast Charge.

HUAWEI adalah peneraju dalam teknologi pengecasan terbalik tanpa wayar. Justeru, jangan bimbang kehabisan bateri dengan HUAWEI Mate 30 Pro 5G.

Anda boleh membawanya ke pejabat dan pada masa sama, membantu rakan lain menggunakan telefon pintar mereka.

Rebutlah peluang keemasan untuk menjadi antara yang pertama memiliki peranti HUAWEI Mate 30 Pro 5G di Malaysia. Ia dijual pada harga RM4,199 bermula 7 Februari 2020.

Telco akan menawarkan pelan kadar pengendali untuk Mate 30 Pro 5G termasuk, Maxis, Celcom, Digi dan UMobile dalam masa terdekat ini. Salah satu sebab untuk membelinya sekarang kerana ia ditawarkan pada pelan kadar yang terbaik.

Beli HUAWEI Mate 30 Pro dan nikmati hadiah eksklusif bernilai RM537, termasuk pengecas Super HUAWEI In-car HUAWEI dan penjagaan HUAWEI yang menyediakan jaminan selama 1 tahun untuk pengguna.

Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati HUAWEI Online Store.

Berita Harian X