Selasa, 24 March 2020 | 3:46pm
Yoodo menawarkan servis eSIM untuk kemudahan pengguna.
Yoodo menawarkan servis eSIM untuk kemudahan pengguna.

Reka pelan telefon sendiri dengan Yoodo

JUMLAH data internet yang mencukupi setiap bulan penting untuk kegunaan harian sama ada untuk urusan kerja atau kepentingan peribadi. Namun, sekali-sekala anda pasti ada membeli data tambahan sekiranya memerlukan.

Bagaimanapun, tidak semua jumlah data tambahan itu habis digunakan sekiranya sudah mencapai tarikh tamat tempoh. Justeru, pembaziran telah berlaku tanpa sedar membuatkan anda terpaksa bayar apa yang anda tidak gunakan.

Kini, syarikat telekomunikasi pertama yang menawarkan servis mudah alih 100 peratus digital, Yoodo, menawarkan pelan data internet bersama panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang boleh diubahsuai mengikut keperluan setiap bulan.

Dikuasakan oleh Celcom yang mempunyai rangkaian 4G LTE terluas di Malaysia, Yoodo menawarkan lebih daripada 350,000 kombinasi pelan untuk dipilih. Lebih menarik, Yoodo tidak mengikat anda pada mana-mana pelan, justeru pembatalan atau penukaran pelan boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa sebarang caj.

Yoodo turut menawarkan servis eSIM yang membolehkan penggunaan beberapa nombor aktif pada telefon pintar. Cuma muat turun aplikasi Yoodo, daftar dan aktifkan eSIM Yoodo dalam masa 5 minit.

Ganjaran menarik untuk pengguna

Image

Sempena menyambut ulang tahun ke-2, Yoodo menawarkan ganjaran menarik buat pengguna baharu dan sedia ada seperti:-

1. Yoodo Rewards - Beli lebih, percuma lebih

Image

Buat anda yang inginkan lebih keseronokan ketika melayari internet, Yoodo menawarkan 'Add-On' untuk aplikasi permainan, hiburan, media sosial, beli-belah dan pembayaran, serendah RM5 untuk 20GB. Malah, setiap 10 pembelian 'Add-On' melayakkan anda untuk menerima satu 'Add-On' percuma.

Selain itu, Yoodo turut menawarkan pas perantauan Roam Like Home untuk kemudahan anda ketika melancong. Dengan pas perantauan serendah RM5, anda boleh gunakan pelan telefon peribadi di luar negara. Malah, sekiranya anda membeli pas perantauan ini selama 10 hari, anda layak untuk mendapat pas satu hari secara percuma.

2. Power Pass - 'super-charge' data anda

Image

Sekiranya anda suka bermain permainan di telefon pintar, menonton video, filem dan drama secara dalam talian, Yoodo menawarkan promosi data Power Pass 100GB untuk satu jam pada harga serendah RM2.

Promosi 2020 - 20GB untuk RM20

Image

Lebih hebat, Yoodo kini sedang mengadakan promosi 20GB pada harga RM20 untuk masa terhad. Jadi, inilah peluang anda untuk manfaatkan data internet sebaiknya dengan menghubungi orang yang tersayang.

Bertukar ke Yoodo hari ini

Image

Tunggu apa lagi? Jom bertukar ke Yoodo dan tempah kad sim Yoodo anda secara percuma hari ini kerana mereka menawarkan data 5GB percuma untuk pengaktifan kali pertama pada bulan pertama.

Manfaatkan data internet anda setiap bulan dengan menghasilkan pelan telefon sendiri kerana #YouDoItBetter.

Muat turun aplikasi Yoodo untuk untuk platform iOS dan Android sekarang atau layari laman web Yoodo untuk maklumat lanjut.

Berita Harian X