Khamis, 23 April 2020 | 6:25pm

Tanpa Google tiada masalah, HUAWEI App Gallery penuhi kehidupan anda

Mungkin ramai yang sudah tahu, peranti HUAWEI kini tidak lagi disertakan dengan aplikasi Google.

Penganalisis industri mudah alih, pernah meramalkan HUAWEI tidak dapat meneruskan kelangsungannya di luar China sebagai satu jenama tanpa aplikasi dan perkhidmatan Google.

Ini kerana katanya, tarikan utama Android adalah ekosistem aplikasinya, sama ada secara terus daripada Google atau pihak ketiga melalui pemaju aplikasi dan penyedia perkhidmatan.

Ternyata, ramalan itu meleset sama sekali dan tidak menjadi masalah pun kepada HUAWEI kerana jenama itu kini telah memperkenalkan gedung aplikasinya tersendiri iaitu HUAWEI AppGallery untuk semua perantinya!

Tentu anda ingin tahu, apakah yang menarik mengenai HUAWEI AppGallery?

Apa yang perlu anda tahu dan sematkan pada fikiran, sebenarnya tiada masalah tanpa Google!

Fungsi HUAWEI AppGallery mempunyai kelebihan tersendiri, malah apa sahaja aplikasi dan perkhidmatan yang tersedia di Google Play Store, ia juga terdapat pada HUAWEI AppGallery serta mempunyai fungsi sama.

Dalam erti kata lain, sebilangan besar aplikasi yang sering digunakan di Malaysia, tersedia di AppGallery.

Jika tidak percaya, cubalah lihat video ini yang membandingkan Google Play Store vs HUAWEI AppGallery.

Malah, ketika ini AppGallery sudah digunakan di 170 negara, dengan lebih 300 juta pengguna aktif bulanan sejak kali pertama layanan ini dibuka ke seluruh dunia pada April 2018.

Antara kelebihnnya, walaupun Google Play Store terkenal dengan aplikasi Gmail, aplikasi email HUAWEI AppGallery pula mempunyai aplikasi e-mel HUAWEI yang boleh segerakkan kepada lebih daripada satu domain e-mel, termasuk Gmail, sekali gus memudahkan anda mengakses emel peribadi dan kerja dengan satu aplikasi.

HUAWEI AppGallery juga mempunyai beberapa aplikasi lain yang boleh membantu urusan seharian anda dan ia setaraf dengan aplikasi penting dan popular yang sering kita gunakan di Google.

Bukan itu sahaja, HUAWEI baru-baru ini memperkenalkan pesaing Google Drivenya, HUAWEI Cloud yang menyediakan penyimpanan sehingga 50GB percuma selama setahun, berbanding Google hanya menyediakan storan 15GB secara percuma.

HUAWEI juga telah memperkenalkan fungsi HUAWEI Video dan HUAWEI Music yang bertujuan untuk menyaingi Google Play Music dan aplikasi Google Movie & TV.

Menariknya, HUAWEI Video memberikan akses Premium Percuma selama tiga bulan.

Satu lagi tarikan, HUAWEI juga telah memperkenalkan MeeTime dan walaupun dalam keadaan pencahayaan rendah atau keadaan rangkaian yang lemah, HUAWEI MeeTime membolehkan anda mempunyai prestasi audio dan resolusi video yang stabil dengan peranti HUAWEI lain. Hebatkan?

Pada masa yang sama dan lebih menyeronokkan, anda boleh berkongsi skrin dengan pemanggil seperti kepada rakan anda untuk mendapatkan nasihat membeli-belah atau membimbing ibu bapa anda menggunakan telefon mereka dengan menunjukkan, petunjuk langkah demi langkah.

HUAWEI MeeTime membolehkan anda menikmati panggilan yang menarik, pertemuan produktif dan pemandangan yang berbeza walaupun hanya di alam maya.

Bahkan, ada kelebihan menggunakan HUAWEI AppGallery yang tidak dimiliki Google seperti aplikasi khusus, HUAWEI Theme atau Member Center untuk memenuhi semua keperluan anda.

HUAWEI AppGallery dikenali secara berterusan memberikan faedah tanpa henti kepada penggunanya seperti;

Pelbagai ganjaran dan faedah yang dapat ditebus dari AppGallery.

Membolehkan anda mengakses aplikasi bukan sahaja tempatan tetapi juga dari seluruh dunia, berbanding Google yang mana ada aplikasi tertentu terhad, terutama permainan.

HUAWEI AppGallery adalah selamat seperti mana Google Play Store kerana ia telah dianugerahkan CC EAL 5 + terbaik di industri dan sijil keselamatan.

HUAWEI telah memperkenalkan fitur baru yang disebut Aplikasi Cepat yang boleh didapati di HUAWEI AppGallery yang membolehkan anda menggunakan mana-mana aplikasi di bahagian Aplikasi Pantas tanpa perlu memuat turunnya! Aplikasi Pantas adalah fungsi eksklusif yang telah dibuat oleh HUAWEI di pasar aplikasi mereka, AppGallery.

Berfungsi seperti aplikasi lain tetapi tanpa perlu membuang masa dan data yang berharga untuk memuat turun aplikasi kerana dapat berjalan dengan segera di telefon tanpa keperluan.

Jangan lupa, sebilangan besar aplikasi popular yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia kini terdapat di AppGallery!

Jadi, jangan berikan banyak alasan lagi. Dapatkan produk terbaharu dari (HUAWEI Siri P40, MatePad Pro dan Watch GT 2e di HUAWEI Online Stores dan rasai sendiri pelbagai faedah dan ganjaran menarik di HUAWEI AppGallery!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai AppGallery sila lawati https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/

Berita Harian X